Tuesday, January 12, 2010

Kasih sayang

Awal tahun 2010 ini kita digemparkan dengan berita pembunuhan empat sekeluarga. Apa yang lebih mengerikan adalah kepala salah seorang mangsa telah ditanam jauh dari tempat kejadian. Apa yang tidak kena hanya pelaku dan Allah sahaja yang mengetahui punca terjadinya perkara itu. Entah kerana dendam yang amat dalam atau entah kerana rasa benci yang teramat sehingga ia diterjemahkan dengan perlakuan yang melewati batas kewarasan manusia biasa.

Tadi pagi berita di Metro Hatian melaporkan seorang ayah yang ditinggalkan dengan bungkusan pakaian oleh anak lelakinya di perhentian bas depan sebuah sekolah. Khabarnya anak lelaki ayah malang itu terpaksa berbuat demikian kerana tekanan atau paksaan dari isterinya. Hanya Allah jua jugalah yang tahu rahsia antara lelaki itu dengan menantunya sehingga perasaan benci telah menguasai diri dan menghakis rasa kasih sayang dan hormat kepada bapa mentuanya. Akan tetapi apa yang amat diksesal bilamana seorang lelaki sanggup membuang seorang ayah (satu satunya ayah di dunia ini) hanya kerana terlalu menyayangi isteri secara membabi buta. Bukankah sepatutnya suami itu memimpin isteri untuk menjadi isteri solehah dan menantu yang terpuji.

Kemanakah perginya kasih sayang dan kasihan belas. Sudah kian terhakis dan terpadamkah?. Dunia ini akan semakin kacau dan musnah tanpa kasihsayang sesama insan. Jangankan manusia hatta binatangpun mempunyai hak untuk dilayan dengan baik dan berperi kamanusiaan. Betul kata-kata bijak pandai bahawa "Dalam dunia binatang tiada manusia tapi dalam dunia manusia ada binatang"


Kekadang haiwan lebih mengerti erti kasihsayang


Haiwan juga tahu menzahirkan rasa kasih

5 comments:

mamai said...

tak keterlaluan kalau aku katakan spesis anak macam nie ayahnya patut buang dia dulu masa dia kecik lagi

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"manusia berjalan di atas ketentuanNYA jua, yang dilihat mungkin ada khilafnya di mana-mana",

"moga bukan tertulis untuk kita sendiri".

ONE ZABA said...

akal fikiran dan perasaan kita kini semakin lemah nilai-nilan murninya. banyak faktor yang mempengaruhi semua ini. corak kehidupan...sistem pendidikan..keperluan hidup dan makanan memainkan peranan semua itu.

I'm Seri said...

Aduh kak,

tak mahulah jadi anak lupa diri.

Nauzubillah.

chekdenoor said...

Salam,

Kita hanya boleh melihat dan menilai..... tetapi bagi mereka yang terlibat, sudah tentu terlalu besar dosa yang dilakukan oleh sibapa ...jika tidak..tidak akanlah dia diperlakukan sedemikian rupa. ...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Janganlah kita menghukum kesalahan orang lain dengan hanya melihat ......hmmm chekdee sensitif juga akan hal ini kerana chekdee juga ada seorang ayah.... semasa dia sihat ni.... kami adek beradek nak dekat pun tak berani......dia amalkan semua jenis dosa besar yang dilaknat Allah ...... dan pernah kami adek beradek terfikir .....siapakah diantara kami yang sanggup menjaganyer kelak bila dia terlantar sakit ........

Allah itu maha mengetahui dan maha adil.....so... mungkin masa depan ...chekdee dan adek-adek yang lain pun terpaksa buat perkara yang sama ..... yang Allah yang maha tahu.......