Monday, February 01, 2010

Selingkuh


Bermula dengan terbongkarnya kisah kecurangan pemain golf no. 1 dunia Tiger Woods terhadap perkahwinannya yang melibatkan beberapa orang wanita, mass media dilihat terpanggil untuk mengulas dan membahaskan mengenai perselingkuhan atau perlakuan curang dalam hubungan perkahwinan.

Sukar untuk diperkatakan, tidak adil jika menghukum membabi buta suami atau isteri yang berlaku curang. Kita tidak berada di tempat mereka, kita tidak nampak apakah faktor pendorong sehingga mereka terjebak dalam kancah perselingkuhan. Lazimnya jatuh cinta kali kedua dan seterusnya terjadi diluar kawalan dan kehendak, ia berlaku tiba-tiba terutama apabila kita menemukan apa yang tiada pada pasangan kita ada pada sidia. Sesuatu yang datang tepat pada waktunya.

Apapun sekiranya kita telah terperangkap segeralah mencari jalan keluar kerana adalah perbuatan yang sia-sia melayarkan bahtera tanpa arah tujuan yang jelas . Berpatahlah balik ke pangkalan agar tak terus kesesatan. Cinta terlarang memang mengasyikkan tapi penuh dosa dan cela.

Semua kita tahu bahawa untuk mendapatkan sesuatu, mencipta kejayaan atau kemenangan adalah mudah, yang sukar dan mencabar adalah untuk mengekalkannya kalaupun tidak menjadikannya lebih baik. Perkahwinan yang dulunya ditenggelami dengan rasa cinta, kasih dan sayang yang menggebu-gebu tanpa disedari kian pudar dan malap. Takkan selesai masalah kalau menuding jari kepada pasangan, hubungan akan semakin renggang dan membuat kehidupan menjadi hambar dan membosankan. Tidak bijak jika terus mendewakan ego kita sehingga sanggup menggadai kebahagian rumahtangga.

Renunglah dan tanyalah pada diri kita sendiri apakah selama ini kita telah benar-benar menjadi teman hidup suami atau isteri yang terbaik. Apakah kita pada pandangan dia masih sehebat seperti waktu mula mula kita diijabkabulkan. Percayalah kita tidak akan pernah terlambat untuk memperbaiki keadaan selagi kita ikhlas dan betul betul berusaha untuk melakukannya. Ambillah kedua belah tangan sidia letakkan ke dada sambil merenung jauh kedalam matanya dan katakan bahawa kita hanya mahukan dia dalam hidup kerana dia adalah amanah dan ciptaan Allah yang terbaik untuk kita.

Kata orang kalau tidak ada apa yang kita cinta maka cintailah apa yang kita ada. Sesuatu yang di luar belum tentu secantik dan seindah yang kita lihat. Bersamalah kita terus mengimarahkan surga rumahtangga agar kita dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan lebih yakin dan bahagia.

8 comments:

Mak Su said...

jujur dan fahami hidup, cintailah Pencipta sejujurnya, insyallah :)

mamai said...

dan hidup ini kita sering berselingkuh cuma kita tak sedar

ONE ZABA said...

kemewahan mengaburi semuanya

JMR said...

suka quote ni

"Kata orang kalau tidak ada apa yang kita cinta maka cintailah apa yang kita ada"..

pnjm erk...

Uncle Lee said...

Hello Noorlara, ha ha, I love the picture, talk about chari pasal, ha ha.
Saya mesti try satu hari....*wink*.
You keep well and have a nice day, Lee.

chekdenoor said...

Salam,

Banyak duit ....banyak idea lah tu...hehehehe..... apa-apa pun.....

air perlu untuk kapal belayar...tapi..kalau air masuk dalam kapal...kapal..karam.

duit perlu untuk hidup...tapi...kalau duit masuk dalam hati....kang ....hati jadi mati...... ukhussss

Masy said...

hmm....

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Kehidupan di barat agak kontra dengan disini. Orang kaya dan adat seperti mereka berselingkuh satu permainan cuma. Disini adalah satu perbuatan terlarang.

Dari berselingkuh baik bernikah terus. Begitulah indahnya Islam.