Wednesday, April 14, 2010
Janganlah marah sayang...
Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita bagaimana seorang suami sanggup menyimbah asid ke muka dan tubuh isteri yg telah dinikahi sejak 16 tahun sudah hanya kerana isteri malang itu tidak memenuhi kehendaknya. Akibatnya sang suami akan merengkok dalam penjara dan si isteri menjadi cacat serta dikejar ingauan ngeri seumur hidup. Selain dari itu kuntum kasihsayang turut sama terkulai layu dan gugur. Semua ini terjadi gara-gara kegagalan suami menangani kemarahan dan keengganan isteri melaksanakan tanggungjawabnya.
Sebenarnya masih ramai lagi suami di luar sana yang menhadapi masalah yang serupa tapi masih boleh bersabar. Meraka adalah lelaki yang punya tahap kesabaran yang tinggi dan patut diberi pujian. Namun kalau boleh janganlah kita sebagai isteri mengambil kesempatan dan memandang remeh perkara tersebut. Melayan kehendak suami adalah wajib dalam apa hal sekalipun suami harus diutamakan, jangan sampai kesabaran mereka tidak terbendung lagi. Justeru lelaki itu hanyalah seorang manusia.
Kemarahan mengubah kehidupan yang indah kepada tragedi. Kemarahan akan membunuh impian dan kemarahan membuat hidup jadi kelamkabut. Setiap kali kita marah ada saja orang yang akan menjadi mangsa termasuk diri kita sendiri. Betapa banyak kemusnahan dan porakperanda terjadi gara-gara kita gagal membendung perasaan marah. Sehebatmanapun kita mencuba kita pada hakikatnya kita tidak dapat lari dari perasaan marah tapi kita boleh mengawalnya. Bayangkan betapa indah dan bahagianya hidup ini jika kita dapat menghindarkan diri dari marah. Cubalah jangan marah kerana marah hanya akan mengurangkan rasa cinta kasih dan sayang.
KLIA 14 April 2010 (Rabu) 4.09 ptg
Dalam perjalanan ke Kuantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Betul Lara... sikap suka marah atau pun panas baran, lebih membawa banyak keburukkan dari kebaikkan... semoga Allah akan menjadikan kita orang-orang yang sabar dan dijauhi dari perasaan marah yang tidak terkawal!... Insyaallah.
jgn dilayan sangat marah.... rugi kat orang, tapi diri sendiri pun menerima kesan... :(
marah marah sayang....
salah jawab hari tu kot, yang kawan tu pulak angin apa terlebih sangat dah tak bule control, nak wat camana yang tersirat sudah tersurat, ada hikmah yang kita semua kena amik ikhtibar
Salam Lara,
Saya setuju dengan pandangan puan, cuma kekadang kaum isteri tidak memahami kehendak seorang suami. Awak kongsi-kongsi lah cerita ini dengan kaum isteri lain yang tak faham...
Post a Comment