Saturday, August 14, 2010

Puasa oh puasa

Bagaikan suatu kemestian setiap tahun datang Ramadhan bagi yang berpuasa untuk mengunjungi Bazar Ramadhan berbelanja. Setiap petang kita akan berpusu-pusu ke bazar-bazar tersebut.

Bermacam-macam jenis kuih-muih dan lauk-pauk yang dijual oleh peniaga yang bagai cendawan tumbuh lepas hujan mengambil peluang untuk menjana pendapatan sebanyak mungkin.






Kadang-kadang kita membeli lebih dari keperluan. Membeli mengikut nafsu mata. Penyudahnya banyak yang terbuang, sayang sayang!


Antara tujuan berpuasa adalah untuk merasai sama keperitan berlapar golongan fakir miskin. Realitinya kita lebih banyak berbelanja untuk makanan. Membazir setiap hari. Ini sudah tentu menjejaskan fadhilat puasa itu sendiri.

8 comments:

Kengkawan said...

salam tuan rumah... beli apa utk berbuka ari ni?

Abd Razak said...

Salam..

Resah melihat keadaan di mana-mana, bazzar Ramadhan bercambah, seolah-olah bulan ramadhan adalah pesta makan.

Berlapar adalah dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya. Namun jika masa berbuka puasa makanannya melebihi hari biasa ia bukan menyempitkan perjalanan malah membuka seluas-luasnya.

ONE ZABA said...

lepas berbuka duk tersandar kat dinding...

Unknown said...

kalau aku pegi BR pun kerana nak beli ikan/ayam/daging bakar je... setakat ni belum pegi lagi pasal bakar sendiri kat rumah... hehehe

zino said...

ramadhan memberikan rezeki lumayan kepada yg rajin berniaga.. dan satu pesta kepada yg suka berbelanja hehe

arsaili said...

salam aunty..selamat berpuasa....wahhhh sedap seayyy...

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Jika bukan orang yang berpuasa seperti puan tidak memeriahkannya siapa lagi, kesian pada para peniaga, cuma beli yang perlu sahaja, elakkan membazir..

Noor kenapa komen kawan-kawan tidak anda ulas.?

AZNI BINTI MAT ISA said...

Salam Noorlara,

salam singgah dan selamat berpuasa. Blog yang ditulis dengan gaya penulisan yang puitis dan kadang kala menginsafkan. Teruskan menulis :-)