Friday, December 10, 2010
Kerana nila setitik
Orang bijak pandai dulu-dulu pernah menyatakan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga. Namun wajarkah disalahkan nila yang setitik jika susu yang sebelanga besar tu masih tak terusik manis rasa dan putih rupanya. Kenapa yang setik itu juga diungkit-ungkit. Lagipun takkanlah sebab yang setitik tu susu bertukar menjadi biru seluruhnya.
Begitulah dalam kehidupan ini, segala kebaikan yang selama ini kita lakukan akan mudah terhakis dari ingatan hanya kerana kesilapan atau kesalahan yang sedikit. Adilkah itu?
Atau justeru sorang dua dari kaum kerabat yang berperangai buruk habis seluruh ahlinya kita hukumi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salah tu pada kita suka ngat cap orang tu sampai ke mati
assalamualaikum...
Barangkali, keadaan ini dilihat dari sudut ibadah yang kita lakukan.
Benar pun kita kuat beribadah, segala perintah Allah kita kerjakan dan segala larangan~Nya kita jauhi, namun jika ada terselit satu sifat yang tersemat di hati, maka seluruh ibadah itu rosak kesemuanya. Sifat itu ialah riak iaitu diibaratkan kerana nila setitik rosak susu sebelangga.
salam...
dalam hidup ini kita adalah insan yang dijadikan Allah tidak sempura, ada byk kelemahan..kerana apa? kita adalah hamba.( hamba Allah swt)cuma bila dah silap (nila yang setitik tu" cepat2 sedar akan kesalahannya..
** follow ur blog
sekali kita buat salah itulah yang akan di kenang
setuju dengan pandangan en Razak... pepatah orang dulu sangat mendalam maknanya...
menarik isu ni isu melayu
cemomoi,
memang tabiat org kita macam tu sukar nak diubah
Abd Razak,
Ni yg akak salute AR, sentiasa relatekan atau melihat apapun isu dari sudut agama. ERmmm memang sifat riak sifat yg amat buruk tapi kekadang kita tak perasanpun perkataan dan perbuatan kita tu sebenarnya riak.
Dijauhkan Allah kita semua dari sifat terkeji tu
sekamar rindu,
salam kenal dan terima kasih atas kunjungan.
Benar bicara tu tapi kebanyakan kita menjadikan alasan kejadian sebagai manusia sebagai lasan membuat salah dan memberi masalah kepada yg lain.
mamai,
Tu pasei org dedulu pesan buat baik berpada-pada buat jhat jgn sekali
Zino,
Org dedulu yg lebih awak mengenal pahit jerih kehidupan mengambil iktibar segala peristiwa untuk anak cucu jadikan teladan dan sempadan.
Dino,
Org melayu sentiasa banyak isu yg tak terungkai...
Salam Noorlara,
Itu hanya perumpamaan sahaja, maksudnya kesalahan kita sering dikenang, jasabaik segunung sukar untuk orang menyebutnya.
Post a Comment