Thursday, August 18, 2011

Bonda


Assalamualaikum sahabat semua,
Lama juga aku tidak menjenguk dan mencatat apa-apa di blogku ini. Bukan takde idea tapi semuanya tersekat dibenak dan tangan pula amat malas untuk memulakan cerita. Sebut fasal cerita kali ini aku hanya nak memberitahu berita sedih yang masih menghantuiku...sebenarnya aku baru sahaja kehilangan ibu tersayang, beliau meninggal dunia akibat demam panas pada 27 Jun 20011 (Isnin)yang lalu. Pun begitu aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana sehari sebelum pemergiannya aku sempat berjumpa buat kali terakhir, bersalam, mendakap dan mengucupnya penuh kasih. Walaupun aku dibesarkan oleh arwah nenek namun arwah ibu tidak pernah membezakan aku dengan adik-beradik yang lain begitu juga dengan anak-anakku. Kasihsayangnya, sifat pemalu, penyabar dan lemah-lembut membuat kami sentiasa menghormati dan menyanjungnya. Arwah sangat memahami dan tidak pernah merungut sekiranya ada antara kami jarang balik menjenguk lantaran kekangan kerja (sebenarnya kalau mahu mesti boleh).

Ku pohon kepada Allah SWT agar mengampunkan dosa ibu, melapangkan kuburnya, masukkanlah rohnya dalam golongan roh yang mukmin dan mencucuhi RahmatNYA. Sebagaimana arwah ayah, nenek dan datuk...aku akan sentiasa mendoakan ibu selagi ada nyawa ditubuh. Al fatihah.

4 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Moga arwah bonda tercinta tenang dan berbahagia di sisi Allah SWT..

azza_irah said...

Alfatihah..

moga kak ida terus tabah..

noorlara said...

Abd Razak,

terima kasih banyak-banyak semoga Allah memberkatimu jua.

Azza,

terima kasih, semoga azza juga sentiasa dirahmatinya. Bukan Kak Ida le kak noorlara

Afrezal Karim aka Rezdrake said...

Salam Lara,

Kalau gambar itu gambar sebenar,Rasanya tak sesuai gambar ibu lara dipublish kerana tidak menutup aurat. Selama mana gambar itu dipertonton kan.. selama itu arwah menerima dosa/azab.. nauzubillah.

sekadang mengingatkan..