Friday, November 11, 2011

Berhati-hati...


Terkejut betul mengalahkan beruk yang disergah tuannya bila mendapat tahu pasangan suami isteri beranak empat di kawasan kejiranan kami yang telah lebih 20 tahun bernikah bercerai gara-gara sang isteri telah tergoda dengan lelaki lain yang didakwa lebih romantis dan hebat berbanding dengan suaminya. Semuanya gara-gara perhubungan yang terjalin melalui laman sesawang Facebook. Dia sanggup meninggalkan anak-anak demi cinta yang belum tentu kesudahannya. Dia sanggup meninggalkan suami yang diberitakan amat pemalu dan jarang sekali bercakap dengan rakan sejawat yang perempuan apatahlagi yang tidak dikenali. Dia sanggup meninggalkan anak-anak dibawah jagaan suami demi cinta. Mudah-mudahan dia telah membuat keputusan yang betul dan Allah membimbingnya. Namun apa yang penting di sini kita harus memelihara diri dari menyalahgunakan teknologi yang ada. Apapun yang dilakukan sentiasa ingat sempadan adat, undangundang dunia apatahlagi hukum agama,, ikut hati mati, ikut nafsu lesu dan ikut nafas kan terbabas.

4 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabatku...

Moga sahabat sihat atas kurniaan Allah Taala..

Allahu Akhbar, Allah akan gantikan si suami itu dengan yang lebih baik.

Sungguh kebaikan itu semuanya ada dalam diri seseorang yang bisa menguasai hawa nafsunya dan kecelakaan itu terletak pada diri seseorang yang dikuasai oleh nafsunya.

Werdah said...

Assalamu'alaikum noor

Salam kenal juga, terima kasih kerana ke blog bangkit kembali dan meninggalkan komen, saya lambat menjawabnya kerana pelbagai hal, pengisian blogpun agak tertunda lagi..

Semoga kisah ini diambil iktibar, dan sesungguhnya yang merosakkan diri itu adalah kerana tidak pmenurut hawa nafsu.

noorlara said...

Abd Razak
Ye sesama berdoa agar sisuami dapat isteri yg lebih baik dan doa gaks buat isteri agar pilihannya itu betul dan keputusan yg diambil itu tepat kecuali bab ninggalkan anak je le

noorlara said...

Werdah,
terima kasih atas kunjungan balas dan semoga persahabatan ini berkekalan.
Brdoa agar kita jadi d best wife ever to our hubby