Saturday, November 19, 2011

Cakap biar serupa bikin


Bukan mudah menjadi ketua disesebuah pejabat atau jabatan. Ketua merupakan "role model" , manusia yang sepatutnya mempunyai akhlak yang terbaik dan menjadi ikutan kepada mereka yang dibawah jagaannya Akan tetapi kalau ketua sendiri dah tak betul, pandai mengarah saje tanpa panduan dan bimbingan maka macamana kakitangan bawahan nak hormat. Keluarlah berpuluh-puluh pekeliling , surat pekeliling dan surat arahan, Kalau ketua sendiri tak patuh maka jangan salahkan mereka yang dibawah jagaan melanggarnya.

Janganlah sebab kita ketua lalu tidak terikat kepada peraturan dan undang-undang, mengarah ikut sedap mulut tanpa mengkaji buruk baik dan implikasi kepada pejabat dan kakitangan. jangan marah kalau kakitangan memonteng kalau kita sendiri selalu sangat tak nampak muka di pejabat.

Contohilah falsafah kepimpian Rasulullah S.A.W dan keempat-empat Khalifah baginda. Sesekali dengarlah pandangan atau buah fikiran kakitangan bawahan kerana walaupun tidak berpelajaran tinggi tidak bermakna mereka tidak punya idea yang bernas. Ingatlah sebagai ketua kita selalu diperhatikan jadi janganlah cakap tidak serupa bikin!

5 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Moga sahabat sihat hendaknya..

Setiap manusia tentunya diberikan kelebihan dan kekurangan. Kesalahan terbesar bagi seorang pemimpin adalah ketika dirinya tidak bisa melihat potensi seseorang dan menempatkannya pada tempat yang semestinya.

terokai seni said...

slalunya bos ingat dia ingat dia tu dewa, kita yang dewi ni je kena maki...

noorlara said...

Saudara Abd Razak'

Memang sukar untuk menjadi peminpin yg baik kalau tidak mahu mempelajari ilmunya

noorlara said...

Cemomoi,

Kekadang tu kene sabau bebanyak dengan karenah boss

de_kerinchi said...

assamaulaikum w.b.t. kak..apa khabar...lama betoi tak melawat blog kawan-kawan... ;-)