Monday, November 14, 2011

Kekurangan itu satu kelebihan

Pelukis ini belum tentu dapat melakarkan lukisan seindah itu sekiranya dia masih mempunyai kedua-dua tanganya.
Kita seringkali menganggap kecacatan merupakan musibah, kekurangan yang memalukan. Pernah seorang sahabat baikku menyembunyikan anaknya yang mengidap Down Syndrome dan selepas 15 tahun ku ketahui dari orang lain. Apa yang hendak dimalukan, hanya manusia yang rendah budi pekerti dan tidak memahami akan hikmah disebalik kejadian yang Allah cipta akan memandang serung kepada mereka yang cacat.

Tanpa kita sedar mereka yang buta telah terselamat dari melakukan dosa mata begitu juga mereka yg cacat pendengaran tidak perlu mendengar kata umpat yang membingitkan telinga saban hari, dan berbahagialah mereka yang bisu kerana tidak pernah menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tidak mengata tidak mencemuh.

Berapa ramai yang berjaya dalam kehidupan dan kerjaya walaupun dilahirkan cacat atau menjadi cacat akibat kemalangan dan sebagainya. Bersangka baiklah kepada Allah mudah-mudaha rahmatNYA akan melimpah ruah. Bertimbangrasalah kepada golongan yang sedemikian agar dengan berbuat begitu kualiti peribadi kita akan meningkat dan kemuliaan diri bertambah serta disayangi segala makhluk di dunia mahupun akhirat

6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum ya sahabat..

Moga sihat hendaknya dengan izin Allah Taala..

Setiap manusia itu tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun ALLAH tidak menciptakan sesuatu kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan yang ada pada dirinya yang masih mampu memberi manfaat kepada orang lain dengan cara yang tersendiri.

noorlara said...

Saudara Abd Razak,
Masalah kebanyakan kita ialah hanya nampak kekurangan saje dan jarang sekali menghargai kelebihan yang ada.

Afida Anuar said...

Salam noorlara, salam kenal juga...

SubhanaAllah... kurang atau lebih, sesungguhnya semua kejadian Allah itu berhikmah...

Nek Cun said...

Lara, itulah tanda Allah itu maha penyayang dan maha penganugerah. Dia yang tahu apa yang diaturkanNya dan segala apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... Wallahualam...

noorlara said...

Afida,

Betul tu, kalau kita dapat memebri sokongan moral apalagi material kepada mereka yg istimewa tu adalah terlebih baik.

noorlara said...

Nek Cun,
masalahnya masih ada ibubapa dan masyarakat yg menganggap kelahiran anak-anak yg sebegitu adalah membebankan.