Thursday, November 10, 2011


Lihatlah betapa indahnya suasana di anjung rumah yang dilestarikan dengan pelbagai tanaman flora dan sayuran. Sejuk dimata damai dirasa. Tiada siapa dapat menafikan bahawa sukar sekali kita menemukan mereka yang memanfaatkan kawasan yang ada di sekeliling rumah. Walaupun tidak seluas seperti dalam gambar di atas namun jika bijak diolah dan rajin dijaga sudah tentu ia akan menggamit mata memandang dan menenangkan jiwa disamping menyumbang kepada memakmurkan alam yang semakin tua ini.

2 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..

Moga sahabat sihat hendaknya..

Benar apa yang dibiacarakan, jika tanah yang ada di dalam kawasan rumah kita dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin hasilnya akan kita nampak dan perolehi, meskipun ianya sedikit.

noorlara said...

Saudara Abd Razak

betul tu asalkan kita tak terlalu taksub dengan tv sebaik balik dari pejabat. Sejam atau paling -paling setengah jam sehari akan memberi impak yg amat besar kepada kehidupan dan landskap rumah kita walaupun sekedar bertanam dalam pasu sahaja