Wednesday, November 09, 2011
Pohon
Kata orang bijak pandai kalau mahu berjaya mesti buat betul-betul, dapatkan ilmunya, keperluannya, pohon petunjuk dan kekuatan dari Allah S.W.T. dan lakukan tanpa tanggug-tangguh sementara semangat masih meluap-luap macam buih nasi yang sedang menggelegak. Tak kiralah apa bidang sekalipun mesti yakin dan istiqamah. Kalau dah berusaha bersungguh-sungguh jarang sekali gagal, kalaupun gagal sudah tentu kita telah melakukan kesilapan maka kegagalan itu sebagai peringatan supaya kita lebih berhati-hati. Sentiasa berusaha menambah pengetahuan dalam bidang yang diceburi itu agar kita tidak ketinggalan apatahlagi dizaman teknologi yang serba pantas dna ganas. Kejayaan tidak dapat dijana sendirian, kita mesi berkongsi melakukannya dengan orang lain terutamanya keluarga dan mereka yang disekeliling kita. Sentiasa hidup di kalangan mereka yang berfikiran positif dan berwawasan serta jauhilah mereka yang hanya pandai memperlekeh dan memandang rendah kepada usaha kita. Mereka yang sentiasa memberi peransang dan galakan itu umpamanya pohon rendang ditengah padang yang luas, bukan saja manusia dapat menumpang teduh malah flora dan fauna turut merasa nikmatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum sahabat..
Moga sahabat sihat hendaknya dengan izin~Nya..
Barangsiapa mengaku ikhlas di dalam mencari ilmu, hendaklah ia melihat keadaan dirinya. Jika hatinya lapang denga ilmu, ia jujur. Namun, bila hatinya terasa sempit dari ilmu, kegagalanlah akan ia dapat.
Waalaikumussalam Saudara Abd Razak.
betul seperti yang saudara katakan tu. Dizaman ini sukar ditemu mereka yang jujur ada yg ada mulanya jujur tapi bila sudah berjaya wang berlambak di depan mata mula menjadi tamak dan kejujuran bukan perkara utama lagi, yang penting wang, wang dan wang.
dalam melaksanakan sesuatu kita tak dapat lari daripada melihat manfaat untuk diri sendiri... sehampir jujur dan ikhlas adalah berharap sesuatu yang kita lakukan, orang lain jua beroleh manfaatnya
betul tu cemomoi, sebaiknya kebaikan dan nikmat yang ada dikongsi dengan seberapa ramai yang mungkin.
Post a Comment