Thursday, December 01, 2011

Hijrah


Masih tak terlalu lewat kan untuk mengucap selamat menyambut Tahun Hijrah 1433 yang baru 5 hari bersama kita. Syukurlah sekarang ini masyarakat sudah lebih peka dan cerdik, menyambut kedatangan tahun hijrah bukan sekadar dengan ucap selamat tetapi mengambil iktibar disebalik asal usulnya. Pengorbanan dan dukalara serta cabaran yang dihadapi oleh Baginda Rasulullah S.A.W pantas mengundang rasa simpati yang amat sangat.

Ketabahan baginda dalam menangani setiap masalah, kehebatan baginda menangkis semua cabaran dengan doa dan keyakinan kepada Allah tanpa rasa ragu dan putus asa. Inilah antara ciri-ciri kekuatan peribadi baginda yang mesti kita contohi tapi jarang dipeduli. Seringkali bila kita mengambil keputusan untuk berhijrah samada dalam kerjaya atau cara hidup, kekadang kita masih teragak-agak dengan keputusan yang diambil, melakar kemungkinan yang bukan-bukan tidak percaya bahawa apa yang kita buat sebenarnya datangnya dari ketentuan Allah. Justeru bersenanghatilah, jangan berdukacita, kalau sudah nekad melangkah ke destinasi baru teruskan dengan ilmu, istiqamah dan doa tanpa rasa jemu. InsyaAllah, DIA sentiasa bersama kita!

5 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Salam Maal Hijrah...hijrahlah bersungguh-sungguh dengan meninggalkan segala yang diharamkan Allah SWT serta semaksimanya menjauhkan diri dari perkara-perkara yang makruh.

Dan, di samping itu melakukan perkara-perkara yang diwajibkan Allah serta semaksimanya melakukan perkara-perkara yang sunat.

:)

Nek Cun said...

Salam Lara... rasanya tidak terlambat juga untuk nekcun mengucapkan Salam Maal Hijrah pada Lara sekeluarga...

cemomoi said...

assalamualaikum

jenguk kawan lama... moga sihat sokmo

cemomoi said...

assalamualaikum...

datang ziarah lagi

cemomoi said...

assalamualaikum

err terasa nak singgah jugaaa