Thursday, May 12, 2005

Persaraan

Semalam aku bersama Majikan dan warga kerja yang lain meraihkan persaraan seorang kakitangan.
Lazimnya khalayak menganggap bahawa persaraan merupakan titik noktah dalam kehidupan seseorang yang bekerja, sebenarnya bagi aku memasuki alam persaraan bermakna melangkah ke alam baru yang amat asing dan kehidupan baru bermula.

Apapun alam persaraan sepatutnya lebih memenangkan fikiran dan santai justeru tidak payah bergegas ke pejabat untuk mengetik Kad Perakan Waktu dan membuat kerja harian atas arahan pegawai atasan.
Bersyukurlah jika kita dapat menginjak ke usia persaraan dan menggunakan masa tersebut untuk tujuan memperhebatkan dan mempertingkatkan amalan agama dan terus memberi sumbangan kepada masyarakat supaya hari hari bergelar warga emas dilalui dengan ceria dan yakin tanpa rasa kesunyian dan terpinggir.

Siapapun kita, berapapun usia kita selagi masih memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat sekeliling, kita sebenarnya tidak pernah bersara.


khabarnya usia bersara akan dilanjutkan ke 58 tahun, ish ish ish

3 comments:

Deanz said...

pekabo kita ..aku add blog ni ..ok?

jed1 said...

salam bonda..datang dari blog deanz :) kalau ikut jgkahayat rakyat malaysia dlm 74 thn, so bila bersara 56thn-ada lagi 18thn nak hidup--lama tuu..byk benda boleh buat :)

noorlara said...

terima kasih jed1 kerana sudi menjengah ke blogs bonda pada sepertiga malam - 18 tahun tu dah tinggal masa untuk utamakan beribadat sebab mati bleh datang bila-bila