Friday, March 17, 2006
Uzbekistan, nantikan kedatanganku
Tanpa perancangan dan harapan tetiba je diberi peluang untuk mengikuti Rombongan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk melawat Uzbekistan. Memula tu rasa tak berapa seronok sebab tempat tu tak kedengaran begitu gah, tapi bila dah melayari laman web mereka aku rasa terpukul dengan kebodohan sendiri. Rupa-rupanya banyak lagi yang harus ku pelajari bukan saja mengenai negara-negara di dunia ni malah ratusan tempat di malaysia ini yang harus ku lawati dan nikmati keindahannya
Insyaallah lawatan 7 malam 8 hari akan bermula di Tashkent ibu negara Uzbekistan kemudian ke Bukhara dan Samarkand sebelum berpatah balik ke Tashkent untuk acara rasmi dan terus berlepas balik ke tanahair. Mengikut perancangan asal kami akan berlepas dari KLIA jam 10.20 pagi 21 Mac 2006 (Isnin) dan kembali pada 28 mac 2006 (Selasa)
Mudah-mudahan perjalanan kami sentiasa dalam pemeliharaan dan keberkatan Allah S.W.T hendaknya. Aamiiiiiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam..
Moga selamat pegi dan balik..nnt aku call kat sana ek... :D
Amboii..sonoknye!!
bon voyage kak noor.. :)
selamat terbang tinggi di awan biru...
jgn lupe jalan balik dah lar....:p
sure knoor ni dah berangkat...selamat pegi dan selamat balik
dok buat citra kembara II engkorang bersabaule dulu yeee
bukan senang nak jadi pemberita tak bergaji tau apalagi pembacanya macam engkorang bijak pandai wal banyak akai, payah payah
Post a Comment