Thursday, July 30, 2009
Adat menepung tawar pengantin
Ahad lalu aku menghadiri majlis walimah di Sime Darby Convention Centre di Kuala Lumpur. Apa yang menarik perhatianku bukanlah kepada hiasan dalaman yang indah dan bertaraf lima bintang atau hidangan makanan yang enak menggamit selera hingga menjejaskan dietku, tapi yang lebih penting adalah ketiadaan upacara menepung tawar yang telah menjadi adat kemestian disetiap majlis perkahwinan bangsa Melayu.
Tatkala bersembang dengan tetamu semeja, aku dimaklumkan betapa kini sudah ada golongan tertentu di ibunegara yang mula mengabaikan adat iatiadat yang tidak islamik dan membazir itu. Lagipun adat menepung tawar sebenarnya ditiru dari adat India semata-mata. Ketiadaannya tidak akan mencacatkan majlis malah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk berani membetulkan perbuatan yang salah yang telah mendarah daging sejak lama dulu.
Ada beberapa lagi upacara dalam majlis perkahwinan yang harus diketepikan supaya benar-benar menepati tuntutan agama Islam antaranya adat bersanding dan berinai. dalam hal ini mesti ada yang berani dan sanggup merubah tanpa menghiraukan umpatan dan kata nista mereka yang hanya pandai berkata-kata sahaja. Sudah sampai masa kita melakukan perkara yang praktikal kerana ia bukan saja mengurangkan dosa tetapi menjimatkan belanja. Adalah terlebih baik peruntukan tersebut diberikan kepada pasangan pengantin untuk memulakan hidup baru dengan lebih yakin tanpa menggalas beban hutang.
Antara peralatan menepung tawar yang bukan murah harganya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam..saya kalau boleh kawen nak buat yang wajib2 je..nikah kat masjid pastu walimah panggil le keluarga terdekat..tapi masalahnya, nak ke keluarga pemngantin pempuan..
sonoknyerr tengok orang kawen kanns..
belanja pun jimat.....
Salam Norrlara,
Saya berpendapat, jika sesuatu budaya dan adat yang tidak bertentangan dengan Islam, eloklah diteruskan.
Sekiranya bercanggah dan akan membawa kepada harum mestilah dijauhi.
Saya bimbang jika adat dan budaya di tinggalkan terus, satu masa nanti jadilah kita satu bangsa yang tidak beradat dan berbudaya.
rasa macama nak di tepung tawar lagi hahahaha
Salam....
Macamman dengan amalan bersandingnya pula... ;-)
salam..yea permudah dan ringkas kan..tade anak muda nak kawin terpaksa berbelanja besar dan berhutang piutang, menjadi beban...biar la trend serba ringkas dan berpatutan
wah kenduri kahwin merah membara....Saya juga sudah menyala kembali setelah sekian lama terpadam api kata...
kawin sekali kena lah buat semeriah boleh.. kena pulak uwang nya ada.. hehe
selamat pengantin baru kepada kedua pempelai..
Salam,
yang baik kita boleh teruskan tetapi kalau yang sah terpesong dari ajaran islam...kita kenalah segera hentikan.
Post a Comment