Tuesday, July 21, 2009

Cenderamata perkahwinan


Cenderamata di atas adalah sebahagian kecil dari pemberian dari majlis perkahwinan anak rakan taulan malah masih banyak lagi yang disusun cantik didalam almari dan tak kurang juga yang tersimpan elok sejak beberapa lama didalam kotak. Serba salah dibuatnya hendak dibuang teramatlah sayang kerana harganya bukanlah sesen dua tambahan pula pemberian itu penuh dengan keihklasan.

Semasa memunggah, membersih dan menyisih cenderamata yang comel dan cantik, anak daraku selamba saja membayangkan supaya memberi barangan yang lebih bermanfaat pada majlis perkahwinannya kelak seperti sepasang garfu dan sudu, pengetip kuku, bekas tisu, bekas kunci atau apa saja yang munasabah serta dapat digunakan bukan disimpan begitu saja. Atau ada cadangan lain yang lebih praktikal dari segi kegunaan dan berpatutan harganya.

9 comments:

Pyanhabib said...

selamat bercenderamata!

chekdenoor said...

wah ...anak dara nora dah mula bersuara ....hmmm..... cam tak lama lagi tu...mama dia kena jemputlah chekdee makan nasi minyak ni........

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Cendermata perkahwinan - saya lihat kaum wanita sangat teruja untuk memberi dan memiliki benda tersebut. Tidak dinafikan sesetengah barangan sangat praktikal untuk digunakan, tetapi lebih banyak lagi akan berhabuk kaku di serata bahagian dalam rumah.

Tapi puan sangat berminat menjadikan sebagai koleksi, bagaimana bagi mereka yang tak begitu menghiraukan.

Cadangan saya cenderamata yang sangat pratikal - bekas lilin, mug,towel muka/dapur, sudu/garfu (besar), pisau kecil, gelas berdekorasi, sabun mandi, payung, kipas tangan, makanan, buah-buahan yang sesuai yang boleh dimanafaatkan apabila tetamu membawanya pulang.Selamat memilih.

INTAN RH said...

rajin noor simpan cenderamata gitu..me plak malas nak cuci klu dh byk sgt.. :)

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"apa sahajalah, janji 'buah tangan yang ikhlas' serta 'tidak membebankan tuan rumah'",

"anak gadis Noorlara pun dah berikan ideanya tu ...".

mamai said...

simpan la buat kenangan maybe next time boleh guna saper tau

naz ilyn said...

salam...
amboii... cantik-cantik cenderamata tu memang patutlah disimpan dengan baik... cenderamata mata perkahwinan ni juga melambangkan begitu gahnya sesuatu majlis perkhawinan tersebut... sy pun pernah berfikir macam simanis akak tu.

ONE ZABA said...

boleh bukak kedai pulak tu....

Ieyzan Q'late said...

saya cuba cipta sendiri cenderamatani sekadar suka2...sila2 lah tgk ek..per2 komen leh bgtau...http://cendermataperkahwinan.blogspot.com/