Tuesday, September 01, 2009

Dah 52 tahun!


Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 52 tahun ini jatuh dalam bulan Ramadhan. Oleh kerana itu acara majlis sambutan diadakan dengan sederhana tapi tetap meriah. Nampaknya ada rahmatnya juga sebab sudah tentu semua negeri dalam Malaysia dapat berjimat bukan saja dari segi perbelanjaan tetapi tenaga dan masa.

Semoga dalam usia 52 tahun ini kita semakin matang dan bijak dalam bertindak, bukan masih diera mengkaji atau baru nak buat "postmortem". Apapun kita wajib cintakan negara dan berjuang untuk kesejahteraannya walau dengan apa sekali cara.

10 comments:

Mak Su said...

salam merdeka, salam ramadhan

mamai said...

aku lebih suka merdeka begini aman dan tenang

INTAN RH said...

Lama dah kita sambut merdeka dgn konsert, kali ni takde konsert. Kan elok gitu ..

dino said...

H1N1 politik tak menentu ekonomi jatuh .... muram betul merdeka ni .. alfatihah untuk yang terkorban demi negara. sayu juga melawat musium tentera di Port dickson melihat nama nama mereka yang terkorban. Saya pernah menghadiri perkebumian askar di kampung semasa berumur 12 tahun gitu .. terlampau banyak, macam satu yang lumrah di masa tu ..TV tak ada, acara perkebumian menjadi seperti yang di tunggu. mengenangkan begitu sedih sungguh . Bayangkan jadi askar Melayu kerana kesempitan hidup, ilmu yang tak tinggi, tiba tiba terkorban. Rumah mak bapak masih beratap rumbia. Harap kan keluarga mereka kini lebih sampurna hendaknya. Yang untung besar kini terlampau banyak untuk di kira.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"ya, moga sambutan yang sederhana ini turut mengurangkan gejala sosial (sebagai sampingan ke atas apa-apa aktiviti yang bersifat khalayak umum)".

semut api said...

hadiah merdeka & raya tahun ni ialah minyak naik harga lagi...

perrrrghh.... !!

ummu Masyitah said...

assalamualaikum
salam Ramadhan..daan salam kenal

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
semakin matang
biarlah kesejahteraan
terus dijulang..!

ISHAK HASSAN said...

~ Assalamualaikum ~

Salam Ramadan & Salam Kemerdekaan,

Semoga anak bangsa kita tidak akan dijajah minda dan perlakuannya. Amiin!

zedmagel said...

SALAM LARA,

RAHMAT MERDEKA DI BULAN RAMADHAN, 52 TAHUN SEKALI, TAK TENTU KITA AKAN JUMPA LAGI PADA RAMADAN ATU KEMERDEKAAN AKAN DATANG