Thursday, October 08, 2009

Muslim sejati


Sejak lama dulu aku perhatikan bila ada kenduri atau jamuan yang penajanya tidak menyediakan pembaca doa secara khusus maka akan terjadilah drama tolak menolak, saling mempersilakan dengan hormat dan sopan atau sebenarnya untuk melepaskan diri supaya tak kena membaca doa tu.

Payah sangatke nak hafal doa selamat,ada buku, makalah malah himpunan doa tatacara dan adabnya boleh didapatkan dengan mudah di laman sesawang. Lebih menghairankan bab menghafal lagu termasuk lagi inggeris boleh pula. Kalau sehari satu ayat dihafal cuba bayangkan dalam setahun berapa banyak yang boleh kita amal dan manfaatkan.

Antara ciri-ciri muslim sejati dan macho bukan saja bergantung kepada rupa tampan menawan, berpelajaran dan berkedudukan. Jauh lebih penting adalah mereka yang sentiasa bersedia apabila diminta memimpin bacaan doa walaupun sekadar doa selamat. Bayangkan lagi kalau semua lelaki Islam punya kemampuan yang sama maka akan bertambah kuatlah ikatan persadaraan kita dalam masyarakat.

Apakah yang boleh diharapkan kepada lelaki dalam perjuangan Islam kalau setakat disuruh membaca doapun dah menggeletar satu badan. Semoga teguran dan saranan ini akan menjadi titik tolak saudara-saudara yang berkenaan dalam mempertingkatkan jati diri sebagai muslim sejati.

14 comments:

ONE ZABA said...

gedebakkkkk...kena sebijikkkkk!!!

Mak Su said...

letih ek

mamai said...

bukan tak sudi tapi takut tak layak dan bacakan doa hehehehehe tapi yang sebenarnya tak reti

Uncle Lee said...

Hello Noorlara, just dropped by say hello.
By the way, siapa lady too in previous posting with the designer sunglasses? You?
Very nice and mysterious....ha ha.
You have a nice day and keep well, Lee.

BENGAH @ SERLING said...

Assalamualaikum buat mula
Salam perkenalan anjunglara
Jika boleh saling tukar minda
Andai tak sudi, lupakan sahja

chekdenoor said...

Salam,

Baca doa...ukhusss..... doa makan ok ker..... alahaiiiii

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"betul dan benar".

u. Masyitah said...

erm,susah kot nak baca doa..

AL-BIMA SAKTI said...

lelaki zaman sekarang, agak lemah sikit dalam semua tu. suruh ngaji buat helah, suruh belajar berhelah2. jadi apa ke sudah..?

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih..

semut api said...

Salam..

doa kena ada tertib untuk di baca..
klu ada yg lebih berketerampilan boleh la tunjuk jari kat dia...

:)

LanaBulu said...

selamat berdoa laaahh..

arsaili said...

salam ...sy pun insaf gak..bila nak hafal doa2 nih..hafal doa makan je :p

abu muaz said...

Amboi..... rasa macam nak pitam ambo.