Thursday, October 22, 2009

Takdir


Ini adalah sahabat karibku sejak zaman kanak-kanak hingga menginjak remaja (sekolah rendah dan menengah) Esah Abu, seorang guru yang bercuti sakit barah sejak setahun sudah. Selasa lalu aku balik ke Melaka untuk menziarahinya. Esah mengidap barah rahim sejak tahun 2006 dan kini di tahap empat. Walaupun rahimnya telah dibuang, sel kanser datang kembali. Doktor mendapati organ dalamannya membengkak pembedahan tidak boleh dilakaukan lagi melainkan mengulangi rawatan kemotrapi. Kesakitan yang teramat sangat tatkala menjalani rawatan chemotherapy sebanyak 12 kali dulu menyebabkan dia enggan untuk mengulanginya lagi. Doktor memberi kata dua, tanpa chemotherapy sel kanser semakin mengganas sedangkan rawatan itu bukan saja membunuh sel kanser tetapi sel badan yang sihat. Jelas dia menahan sakit teramat walaupun untuk berkata-kata, sakit di bahagian abdomen ke bawah. Aku berdoa agar Allah akan meringankan tanggungan kesakitan itu dan dia dapat bertahan lebih lama.



Dan ini sahabatku semasa di tingkatan 4 dan 5. Naim Nordin yang mengidap barah hati sejak bertahun-tahun di tahap empat. Kehendak untuk terus hidup dan usaha melawan sel kanser membenarkan dia masih bertahan sehingga kini. Kalaupun sel kanser sudah mula menjalar menuju ke otaknya dia masih tabah dan beraksi seakan-akan tiada apa yang berlaku namun mata yang memandang dapat melihat penderitaan yang ditanggung. Kekuatan mental dan ketabahan hatinya mengagumkan. Mudah-mudahan dia akan terus cekal menerima ketentuan ini.

Jelas betapa berharganya nilai kesihatan. Harta benda dan kekayaan tidak pernah dapat membeli kesihatan atau usia. Bila mengenangkan takdir yang diterima kedua-dua sahabat aku ni, aku amat bersyukur dan sedar betapa hidup ini hanyalah sebuah persinggahan, betapa perlu berbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin untuk mereka yang disekeliling kita sementara ada hayat yang dipinjamkan.

11 comments:

mamai said...

sakit itu kita tidak tahu bila akan datangnya...tapi kita harus sedia dengan apa juga yang datang.

Mak Su said...

semoga mereka tetap kuat dan tabah.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"kekayaan manusia yang terhebat mungkin kesihatan diri".

abu muaz said...

Manusia ketika sehat sering lupa menjaga kesihatan.Segala nasihat dan pantang larang dipermainkan saja.Orang merokok lagi bermegah. Orang tak merokok pun mati kata mereka.Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

naz ilyn said...

salam... lama tak dengar kabar moga sihat doa untuk akak.

sesungguhnya sakit itu penghapus dosa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul berpantang ajal sebelum maut moga sahabat akak terus tabah menghadapinya.

Lee said...

Hi Noorlara, nice pics. Love the cakes and minuman on the table.
Have a pleasant weekend, Lee.

AL-BIMA SAKTI said...

SALAM,

DUIT BANYAK KESIHATAN TAK SEMPURNA TAK GUNA JUGA...

JAGALAH KESIHATAN ANDA... KINI DAN SELAMANYA...

ONE ZABA said...

begitu la hukuman alammmmm!!!!

chekdenoor said...

Salam,

Betul tu...chekdee setuju.....kesihatan adalah ssuatu yang sangat berharga...... mudah-mudahan..kita dapat menjalani kehidupan dan kematian dalam kesihatan yang baik.....

Masy said...

moga2 sembuh.. klupun tak, diringankan rasa sakit pun memadai.. insyaallah..

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Mudah-mudahan ibu anda bertamabah sihat sejahtera.

Saya dapat merasakan keriangan anda bertemunya...