Monday, December 07, 2009

Cerita anak dara ku yang manja...


Tiba-tiba saja anak daraku yang manja tu telefon mengadu sakit kepala dan bengang. Lama ku cuba mendapatkan jawapan sebelum dia memberitahu semua disebabkab rasa terkilan kecilhati dan sedih atas perbuatan kawan baik dia si K. K yang selama 3 tahun duduk serumah semasa di Medan Indonesia, K yang selama ini bersama berkongsi suka duka. K yang dulunya tidak pernah ssepatahpun anak dara ku bercakap buruk mengenainya. K yang kini tiba-tiba menjadikan anak dara ku yang manja tu sebagai seteru hanya sebab yang amat kecil iaitu terlambat mengambilnya untuk pergi kuliah, perkhidmatan yang diberi secara percuma sebab mereka tidak tinggal serumah lagi.

Dalam tangis anak dara ku yang manja terus menceritakan betapa pengorbanan yang dilakukan sejak mereka kembali belajar di Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku melarang dia dari membebel menyenaraikan kebaikan yang telah diperbuat, aku minta dia menganggap semua itu sebagai suatu sumbangan dan tanggungjawab sosial yang mesti ditunaikan. Aku minta dia menghalalkan semuanya. Aku bagitau anak dara ku yang manja tu bahawa semua yang dilakukan mesti ikhlas agar hati tidak merasa kesal. Aku beritahu dia yang penting Allah tahu dia telah perbuat baik malah K juga tahu akan perbuatan yang baik-baik itu. Aku minta dia tetap menegur sapa K kalaupun dia akan bermasam muka sebab yang manis wajah dan baik tuturkata itu amat disukai Allah. Aku minta dia tetap bukakan pintu persahabatan andai K datang kembali mengetuknya. Aku ingatkan dia agar buat baik berpada-pada buat jahat sekalipun jangan. Aku katakan ia anak daraku yang manja anugerah Allah yang terbaik pernah ku miliki di dunia ini.
Di akhir perbualan anak dara ku yang manja itu memberitahu sakit kepala dan hilang dan perasaannya dah lega.

Lega sebab dia dah melepaskan beban yang tidak sepatutnya digalas oleh fikiran. Lega sebab dia telah memaafkan K walaupun hatinya luka. Dia lega sebab telah berbuat baik walaupun dibalas dengan demikian rupa.

Begitulah kehidupan ini kerapkali kita seperti melepaskan anjing yang tersepit, beri susu dibalas tuba malah ramai yang membuang tongkat setelah selamat sampai ke seberang. Mencari kawan bila-bila di manapun jua boleh namun mencari seorang sahabat kita mungkin memerlukan masa seumur hidup untuk menemukannya.

7 comments:

Mak Su said...

mak tempat mengadu :)

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"pesan bonda itu amat baik dan halus, lagi panjang pandangannya - sabarlah wahai anak, di hadapan sana masih banyak erti hidup yang bakal dilalui",

"syabas kerana memberi panduan yang baik dan berguna kepada anak yang harus dibimbing dengan teguran yang baik-baik".

mantan said...

As Salam,
Pertama kali saya mampir ke "ANJUNGLARA" dan cuba menikmati apa yang ada di anjung. Dapat juga digarap pengetahuan dan ilmunya.

Hal yang dialami si anak dara kesyangan itu, anggaplah suatu peristiwa yang memberikan kematangan hidup.

Anehnya manusia, keikhlasan memberikan bantuan, disalah anggap sebagai tanggungjawab yang tidak boleh sama sekali diabaikan. Padahal kita hanya ingin membantu.

Pernah suatu waktu dahulu, saya setiap pagi membawa tumpang seorang kanak-kanak sekolah.

Suatu hari kanak-kanak itu tidak kelihatan, seperti saban pagi bersama ibunga di pinggir jalan.
Barangkali dia sudah menumpang orang lain.

Keesokannya paginya dia berada bersama ibunya di pinggir jalan.
Ketika anak itu membuka pintu kereta, sempat ibunya "berleter" kepada saya kerana saya tidak membawa anaknya disebabkan dia terlewat pada pagi semalamnya itu.

Masy said...

x pyh layan dah mmber tu, buat sakit jiwa je.

ni kata2 mak yg garang. hehehehe

INTAN RH said...

just ignore ..nti kwn dia pnt la.. :)

semut api said...

salam..

yang pastinya 'K' bukan kamaludin..

sekian, tq.

:)

zino said...

yg penting kita ikhlas bila berkawan jangan harap apa apa balasan dan jangan ungkit apa yg telah kita lakukan.. takut hilang keihklasan nya..

anak yg manja tau mencari tempat mengadu..