Monday, November 30, 2009

Cinta


Cinta memang hebat, kuasa cinta mengatasi segala. Lihatlah pasangan suami isteri ini, siisteri dilahirkan tidak berkaki sedangkan suaminya pula tiada bertangan. Kekurangan masing-masing itu melengkapkan antara satu sama lain. Disebalik kecacatan mereka saling berusaha mencipta kesempurnaan. Ternyata bahagia itu milik sesiapa saja di dunia ini asalkan saling bekerjasama mencapai satu matlamat.

Akan tetapi kenapakah ramai pasangan suami isteri yang sempurna sifatnya dan punya segala masih gagal menemukan kebahagiaan dalam rumahtangga mereka?

8 comments:

mamai said...

mereka mempunyai kesefahaman yang amat tinggi

Tirana said...

Tiada manusia yang sempurna..Hakikat ini yang susah untuk diterima oleh pasangan yang cukup sifat. Masing-masing ada ego dan tak mau mengalah..Itu yang buat rumah tangga kucar kacir..sebab masing2 rasa diri mereka sempurna padahal semua orang ada kelemahan.

naz ilyn said...

salam... dalam kehidupan rumah tangga ini mmg susah nak bertemu titik keserasian tapi itu bukan bermakna ianya jauh dari kita... tp selalunya kekurang itu menjadikan sifat kebergantungan itu sebagai pelengkap.

Shifu67 said...

kesanggupan menerima seadanya itu penting... senang diucapkan tapi bukan mudah nak dilakukan

lonelyroseblack said...

cinta itu mujarad dalam kehidupan.. :)

Mak Su said...

oouuhh.... tak tahu nak komen apa, saya pun gitu-gitu aje...

AL-BIMA SAKTI said...

bahagia itu pada rasa. bukannya pada kata. rasa tak boleh bohong, tp kata boleh bohong. ha ha ha ha...

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"hebatnya cinta, hebatnya manusia".