Thursday, December 10, 2009
Sepi seorang ayah...
Maka gemparlah seluruh desa berita seorang suami yang kematian isteri sejak 2 tahun lalu telah bernikah lagi. Jodoh keduanya anak dara umur 55 tahun 25 tahun lebih muda darinya. Berbagai pendapat dan pandangan pro dan kontra silih berganti, ada yang cakap perempuan itu adalah pilihan anaknya yang berkerja di Kuala Lumpur itu, ada juga yang memberitahu kononnya perempuan pilihan itu diperkenalkan oleh teman-teman yang sama bersembahyang di masjid kariahnya saban Subuh, Magrib dan Isya'
Yang tidak mengerti, marah dan mencaci, mencari pelbagai alasan bagi menyalahkan tindakan lelaki itu. Tidak mahu meletak diri di situasi lelaki itu.
Akan tetapi seorang lelaki yang terbiasa dimanjai oleh isteri, hampir segalanya diuruskan terutamanya makan minum, pakaian dan sakit pening. Pemergian isteri bukan saja telah meninggalkan dia kesorangan dalam sepi yang tidak siapa pun bisa mengerti kecuali yang pernah mengalaminya, tapi kehidupan yang dulu terurus tiba-tiba menjadi tidak karuan, hatinya rawan, jiwanya resah. Sudah tentu kesedihan menjenguknya dengan ramah sekali. Mengharapkan anak-anak, masing-masing dah besar dan ada tangungjawab serta bekerja dan tinggal jauh darinya. Kalau duduk serumahpun masih tidak akan dapat memenuhi keperluannya. Hari, minggu dan bulan pertama mungkin mereka akan cuba menemani dan menghiburkan hati bapa itu tetapi hidup harus diteruskan. Selepas itu lelaki yang kematian isteri akhirnya tinggal sendirian meneruskan hidup dalam kepayahan yang menyiksakan. Pilu hatinya bertambah parah bila malam menutup pintu siang, sukar melelapkan mata justeru tiada teman bicara sementara terlena. Duka seorang lelaki yang kematian isteri tak siapa bisa memahami.
Pernikahan baru sudah tentu sedikit demi sedikit akan menutup tirai kesedihan, memanaskan semangat yang hampir suam kuku dan hidupnya akan kembali ceria dan bermakna. Berbahagialah hendaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
berbahagialah hendaknya, jodoh pertemuan di tangan Tuhan
Salam Noorlara,
"melaksanakannya menurut hukum yang sahih - maka diamkan mulut-mulutmu wahai hambaNYA yang tiada tahu ketentuan daripadaNYA jua".
Salam Noorlara,
Jika itu satu suratan mengapa harus dipertikaikan?
Sepi seorang lelaki jika tiada seorang yang bergelar isteri disisi. Bukan tidak setia, tetapi sang wanita harus mengerti.
kesianlah kat dia.. anak dara tu pon bkn muda lg. hmmmmm
Hi Noorlara, here's wishing you and all at home the very best of Seasons greetings. You stay young, stay beautiful and have a happy new year, Lee.
Salam. Ramai orang tidak mengerti tentang lelaki.
Hi Noorlara, Happy New Year.
You stay young, stay beautiful and have a great New Year. Best regards, Lee.
Post a Comment