Sunday, January 17, 2010
Perkongsian
Petang tu aku biarkan A meluahkan resah hatinya. Aku hanya mendengar dengan tengan sambil sesekali mencelah bila perlu.
A : Lara, aku rasa selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan, aku hanya
mengejar bayang dan aku hanya menanti cinta yang takkan kunjung tiba.
Aku : Kenapa kau cakap macam tu pula, selama ni kan hubungan kau dengan dia takde
masalah apapun aku tenguk. Nampak loving je.
A : Memang le kami nampak loving takde masalah, dia baik dan romantik.
Aku : Jadi apa pula yang jadi masalahnya?
A : Entahlah Lara, tapi bila aku renungkan dalam dalam aku jadi keliru dan resah
Setiap hari aku saje yang akan "call" dan sms dia dulu . Kredit hp dia aku
yang "top-up"kan tapi tak pernah pulak dia "call" aku. Kalau gi makan
mana-mana aku yang tanggung semua, tak pernah sekalipun dia nak bayar. Kalau dia kerja "out station" ke mana mana tak pernah sekalipun dia teringat nak belikan cenderamata walau sekecil rantai kunci untuk aku. Bukannya dia takde duit, gaji besar dan kerjaya dah kukuh.
Aku : ooit kau ngunkit tu, kalau dah belanja dengan ikhlas halalkan je.
A : Bukanlah camtu tapi aku terfikir kalau masa berkawan dia dah kedekut
ngalahkan tangkai jering bila dah jadi bini nanti terukle aku nak
tanggung semua.
Bila A meminta nasihatku, aku hanya sarankan dia menguji sejauh mana keikhlasan lelaki itu dengan memberhentikan semua perbelanjaan yang sekian lama dia berikan, kalau lelaki itu mahu mengeluarkan belanja tanpa sebarang komplen dan hubungan berjalan lancar seperti biasa maka takde masalah A bertepuk sebelah tangan. Akan tetapi bila lelaki itu mula mempersoalkannya dan menjauhkan diri maka pandai-pandailah A membuat keputusan sendiri.
Persahabatan apatahlagi perkahwinan adalah suatu perkongsian, susah senang wajib ditanggung bersama agar tidak timbul masalah pihak yang lagi satu terasa diperguna atau dianiaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Yup, perkawinan adalah perkongsian pintar. Kongsi segalanya dgn hati yg ikhlas.
zaman ini, perempuan kena buat test sebelum memberikan hatinya.
biar hati yang buat pilihan
kalau jenis kedekut tu... kadang-kadang lepas berkahwin semua dicurahkan kepada yg tersayang.
Diriku masih belum diniliki kak. Hehehehe.
hmmm..... chekdee selalu nasihat kat anak-anak....kawini orang yang sangat sayang kat kita..... bukan kita yang sangatt sayang kat dia..... heheheh....okay ker tu...hmm...rasa nya okaylah tu kan...ukhussss
Post a Comment