Monday, March 08, 2010

Nikmat tuhan yang sering dilupakan...


Tak seperti adik beradikku yang lain, aku dilahirkan dengan mempunyai warna kulit yang gelap atau hitam. Masa kecil-kecil dulu aku sering merasa rendah diri dan kecil hati bila warna kulitku dipermainkan. Bila bergaduh pantas aku dipanggil dengan gelaran "Anak Keling" justeru perbedaan yang jelas antara kulit ayah ibu yang putih mulus dan kakak, abang dan adik paling tidakpun berkulit cerah.

Masa berlalu kedewasaan mengajarku agar bersyukur dan menerima segala ketentuan sebagai suatu anugerah yang punya keistimewaan tersendiri. Apa sangatlah dengan warna kulit yang hitam dibandingkan dengan mereka yang berpenyakit kulit, penuh kudis dan sopak. Bagaimana kalau lansung tak berkulit?

Sabtu lalu aku melakukan kerja-kerja mencabut dan memotong rumput di sudut laman yang sekangkang kera tu. Tanpa disedari entah apa sebabnya tiba-tiba saja terasa gatal-gatal di tangan. Menyangkakan ia hanya perkara remah aku tidak mengambil berat hinggalah rasa kurang menyenangkan itu menyerang kedua dua lengan dan kaki. Baru kusedari bahawa aku terkena alahan kulit. Bayangkan betapa siksa menahan rasa gatal dan miang dengan tidur malam yang terganggu. Mungkin disebabkan gigitan semut atau ulat bulu seperti kata rakan rakan di pejabat, cubaan sekecil itu sudah cukup membuat aku lemas dan resah. Semalam juga aku ke klinik dan mendapat Cuti Sakit serta ubat makan dan ubat sapuan luar kulit.

Namun apa yang lebih penting adalah aku bertambah syukur dengan apa yang aku ada, kulitku tidak putih mulus macam orang lain tapi sebelum ini ia tiada cacat celanya, tiada bermasaalah. Sementara alahan ini berakhir aku rindukan kulitku yang hitam tapi berseri itu.

8 comments:

chekdenoor said...

Salam,

Sawar matang pun cute juga.....

Mak Su said...

adikberadik saya yg seramai 12 orang macam 1malaysia, ada yg putih melepak, ada yg hitam gelap kulitnya, pempuan plaks tu. yg lelaki plaks elok2 jer sawo matang.

saya plak ala2 putih kunen, tapi pendek, selalu kena ejek pendek oleh kakak2 saya... huhuhu

mamai said...

hitam atau putih hanaya warna yang pasti kita semua masih lagi manusia yang sama

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Apa ada pada warna kulit, tetapi iman dan takwa kepada Allah itu yang utama.

Saya memiliki kulit berwarna gelap, tetapi ramai rakan-rakan eropah saya mahu kulit mereka seperti kulit saya yang legam ini. Kelakar betul... Apakah ertinya itu?

ONE ZABA said...

asalkan mains udah la...

cemomoi said...

cantik tu subjektif... ada orang tengok putih tu cantik ada gak kata hitam menawan... Allah tu Maha Adil tentu ada hikmah tak terjangkau kenapa ada yang putih ada yang hitam... manusia tak sempurna dan saling perlu untuk melengkapkan kesempurnaan itu.

Miecyber @ Sudu said...

Kulit saya cokelat...

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"kunjungan kembali",

"sila berkunjung ke laman baru saya di http://diksi345.blogspot.com/

moga dalam keadaan yang sihat selalu".