Tuesday, April 20, 2010

Berakhir cerita berakhir derita.....Innalillahi wainni Ilaihirajiun


Sejak pagi Sabtu 17 April mingu lepas ada menerima "miss call" da dan panggilan penting dari harida di Melaka dan Naim di KL. Sebaik usai Majlis Penyampaian Sijil kehadiran aku bergegas bilik penginapanku di No. 445 bersiap untuk meninggalkan Hotel Awana Kijal Beach and Golf Resort, Kemaman, Trengganu.

Memandangkan panggilan dan smsku sebelum ini tidak pernah dibalas oleh Haridah jadi aku menganggap itu panggilan balas darinya. Namun sebelum sempat aku membuat panggilan, sms Harida terlebih dahulu memeranjatkanku pagi itu dengan memberitahu
"sahabat karib kita telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi, mayat akan dikebumi selepas zohor" - singkat perbualan kami, sebak dan suara ku tersekat-sekat. Akan tetapi sesudah itu perasaanku amat sedih dan tanpa dapat ku kawal aku menangis dan meraung sekuat hati, tetiba saja aku merasa kehilangan yang amat sangat, kisah-kisah suka duka waktu kami bersama waktu di sekolah rendah, menengah rendah dan di kolej datang silih berganti. Aku tak tahu apa harus aku lakukan, untuk balik ke Melaka tidak sempat seaba penerbanganku ke KLIA hanyalah jam 19.15 mlm malah tiadapuala penerbangan terus ke Melaka. Dalam kedukaan itu aku hanya telefon Naim, mendengar raung dan tangisku dia dah tahu yang aku memang dah tau. Pelan-pelan dia nasihatkan aku agar bersabar dan memberitahu akan menziarahi arwah dengan seorang lagi kawan kami tapi tak sempat menghadiri upacara pengebumian. Aku masih menangis tersedu-sedu hingga merah dan bengkak mata.

Sahabat blogger!

Masih ingatkan entry bulan Oktober 2009. Cerita dukaku ini adalah mengenai Esah Abu yang mengidap Kanser Servik sejak tahun 2006. Rupa-rupanya benarlah kata-katanya bahawa pertemuan 22 Oktober itu adalah yabg terakhir. Patutlah terasa amat berat untuk aku melangkah pergi hari itu, dua kali akSejal itu aku tidak pernah culas untuk berdoa biat mereka berdua setiap kali lepas sembahyang dan ketika hendak tidur. Malangnya aku tidak sempat menziarahinya lagi sesudah itu kerana hambatan masa dan kerja atau aku yang sebenarnya tidak serius. Siapakah yang dapat menghalang takdir yang sudah tentu lebih baik untuk arwah. Kesedihanku belum sirna, airmata ini mudah saja menitis membuat dadaku sebak dan hatiku pilu.

Arwah bukan saja seorang sahabat yang terbaik antara kami bertiga, dia, Harida dan aku malah dia lebih warak dan ikhlas dalam bersahabat. Sedikit lepas cakap tapi penyayang dan tidak nakal seperti aku. Kami sering bergurau dan dia paling ikhlas kalau memuji. Kami bertiga sering berbincang bersam bila tiba musim peperiksaan dan keputusan kami biasannya tidak jauh beza.

Kini aku telah kehilangan seorang sahabat, pergi dan tidak mungkin aku berjumpanya di dunia ini lagi. Namun aku tidak akan berhenti berdoa untuk kesejahteraan rohnya di alam kubur. Insyaallah dengan Alfatihan dan Al Ikhlas setiap hari dan Surah Yasin setiap minggu bila keadaanku mengizinkan, agar Allah memberikan aku kekuatan dan tidak menjadikan aku lupa malakukan semua ini hingga akhir hayantku. Sudah tentu doaku tidak sebaik doa anak yang soleh namun aku tetap percaya sedikit sebanyak doaku akan diperkenankan Allah.

YA ALLAH KAU MASUKKANLAH ROH ALLAHYARHAM ESAH ABU DALAM GOLONGAN ROH ROH YANG KAU KASIHANI DAN RAHMATI, ROH ROH GOLONGAN MUSLIMAT YANG BERIMAN. KAU AMPUNI DIA . LAPANGKANLAH DAN TERANGKANLAH RUANG KUBURNYA. AMIN YARABBAL A'LAMIN

AL FATIHAH.

6 comments:

abu muaz said...

Salam.Moga rohnya ditempatkan dalam taman roh orang-orang yang beriman

ONE ZABA said...

allah maha penyayang lagi maha mengasihani...

salam takziah daripada kami.

al- fatihah....

terokai seni said...

tunang bagi si hidup ialah mati.. sehebat mana kasih dan sayang kita tak terlawan kasih dan sayang Allah, maka hak-Nya kembali kepada yang Mengasihinya.. biarkan ia pergi dengan tenang bersama iringan doa kesejahteraan beroleh nikmat dan tempat orang beriman

takziah

Semut Api said...

Amin...

semoga arwah tenang di sana.

zedmagel said...

Salam Lara,

Salam takzim dan takziah dari saya tas berpulangnya Allahyarmah Esah Abu, semoga rohnya dicucuri rahmatNya jua. Kepa kita yang hidup doakan lah semoga rohnya aman dalam kehidupan yang lain.

Hidup ini sangat sementara. Kita semua tetamu senja, datang dengan dosa....

Nek Cun said...

Mati sudah pasti,tapi hidup belum tentu sampai bila... semoga roh Allahyarhamah akan dimasukkan ke dalam golongan insan-insan yang mulia di sisiNYA.