Friday, May 07, 2010

Allah selamatkan kamu...



Masih ingatkah kalian kepada saudara Naim Noordin yang pernah ku ceritakan mengenai kanser pankereas tahap 4 namun masih gigih dan tabah melawan serangan ganas sel sel kanser yang sudahpun mula menguasai paru-parunya. Terbaru doktor yang merawat beliau menyarankan supaya "Open Scull Operation" dijalankan sebagai ikhtiar untuk memperlahankan pertumbuhan sel-sel tersebut ke organ dalam yang lain. Keengganan itu akan menyebabkan umur beliau mungkin berkurang sebanyak 3 tahun mengikut makluman pakar yang merawat beliau. Namun beliau menolak kerana tidak mahu tubuhnya dalam keadaan yang cacat sekiranya beliau ditakdirkan "pergi". Justeru sebagai alternatif mulai minggu lepas dan 5 minggu akan datang dia sekali lagi harus menjalani rawatan kimoterapi dengan dos yang tinggi.

Anihnya saudara Naim masih terus bekerja seperti biasa kesokan harinya sebaik sahaja habis rawatan tersebut. Sesekali bila kami berbual melalui telefon aku dapat mengesan penderitaan yang ditanggung oleh tubuhnya dari keserakan suaranya yang agak lemah. Seringkali bila aku mempersoalkannya beliau akan segera mengubah rentak suaranya seakan cuba menyembunyikan kesakitan yang terpaksa ditanggung.
nya.

Itulah saudara Naim sahabatku yang amat kuat semangat dan kemahuan untuk terus hidup. Mereka yang arif dalam perubatan ada menegaskan bahawa hanya kekuatan semangat dan kasihsayang keluarga serta mereka yang di sekeliling dapat membantu pesakit kanser menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan tenang. Doa yang penuh pengharapan dan usaha yang istiqomah juga antara elemen penting bagi mereka.

Entry ini khas untuk sahabatku Naim Noordin yang malam ini akan terbang ke London untuk menjayakan promosi bersama Perbadanan Pelancongan Malaysia. Insyaallah dengan izinNYA beliau akan selamat dalam perjalanan, sampai ke destinasi dan kembali. Semoga Allah S.W.T permudahkan urusan rawatan beliau dan dilanjutkan usia. Bersamalah kita mendoakan beliau.

07 Mei 2010
Jumaat 10.50 mlm

9 comments:

ONE ZABA said...

semoga allah juga menyelamat kita semua...

chekdenoor said...

Hai lara ....
Selamat hari ibu....... coppylah hadiah anak chekdee di blog chekdee....jom sama-sama kongsi....heheheheh

Lee said...

Hello Noorlara, regret to read of Incik Naim Nordin's health problems.
Here's hoping he will recover soon.
A friend of mine too was diagnosed with cancer and has recovered and got back his hair, and weight.

Wishing you happy mother's day Noorlara....hope you had a wonderful day.
You stay young, stay beautiful and simpan satu lagu dalam hati. Best regards, Lee.

Masy said...

insyallah.. moga2 en naim tu cepat sembuh..

Lee said...

Noorlara, if you ada senang drop by my pondok....I have something for you.
Have a nice day, Lee.

zedmagel said...

Salam NoorLara,

Mudah-mudahan sahabat kita Sdra Noor Naim beransur pulih dan sihat seperti sediakala.

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Saya masih disini, harap puan dapat menjenguk ke blog ke 2 saya "tamandalamrumah", ada juga perkembang terbaru disitu.

Disini saya agak lama tidak berkarya. Bukan terkurung atau mengurung. Ada sedikit kekangan tugas buat saya sejak akhir-akhir ini, lalu karya saya terpenjara disangkar sepi yang panjang.He..he...

mamawana said...

Salam caiyang noorlara

Semoga sahabat noor En Naim sihat, diberkati dan diberi kecekalan hati. Buat noorlara semoga bahagia mendakapmu, dimurahkan rezeki dan diberkati jua.

Fa bi aiyi alaa irabbikuma tukaazibaaa......

DrSam said...

salam ukhuwah. membaca secebis kisah kehidupan dan dugaan yang dihadapi oleh saudara kita membuat kita lebih insaf dan mengerti tentang betapa hidup dipenuhi kasih sayang akan lebih bermakna.

terimaksih berkongsi.