Friday, May 28, 2010

Bagaimana harusku katakan...

Jalan buntu atau membuntukan jalan?


Seseorang yang terjebak dalam cinta terlarang, berharap agar perangkap perasaan itu hanyalah mimpi ngeri atau ingauan di siang hari. Namun hakikatnya setiap kali dia membuka mata kenyataan mengejarnya dengan penuh rasa bersalah dan kesal.

Betapapun dia cuba untuk menghindari, cuba menjauhkan diri, cuba membuat kerenah agar terbit rasa benci, semuanya sia-sia belaka. Perasaan cinta itu semakin mendalam dan merantainya, memenjaranya hingga dirasakan tiada ruang untuk keluar. Atau dia sengaja tidak ingin melihat pintu keluar yang masih terbuka itu.

Aku katakan padanya, tiada masalah yang tidak ada jalan penyelesaian. Macam malam akan mencerah bila datangnya siang dan macam duka akan sirna bila datang suka. Pokoknya mahu atau tidak, sanggup atau tidak, rela atau tidak. Fikirkan tentang dia dan diri sendiri sahaja ke? Bagaimana tentang mereka yang rapat dengan kita yang telah menjadi mangsa akibat kedangkalan kita? Berapa lama sanggup menghimpun dosa?
Sanggupkah menghakis pahala yang tentunya tak sebanyak mana.

Erm tentu bercakap memang senang, menuduh memang mudah sebab kita tidak berada di tempat mereka. Cinta sesuatu yang datang tanpa diundang tanpa dirancang macam yang selalu diperkatakan. Perpisahan akan membuat hati luka dan kecewa, tangis dan airmata serta derita jiwa. Akan tetapi seperti menelan ubat tentulah pahit, biarlah salkan semboh penyakit. Macam luka lama-lama kan hilang pedihnya biarpun parut kan kekal selama.

Kuatkan semangat dan tekad, katakanlah yang benar biarpun ia amat menyakitkan. Pulangkanlah hati yang cedera itu kepada Allah untuk merawatnya. Sebaik keluar dari perangkap itu berjalanlah terus jangan menoleh lagi, sebab rasa cinta akan membunuh niat sucimu, rasa kasih akan melimpahkan kasihan belas dan rasa sayang kan membuat keinginanmu terhalang. Jangan terus terbelenggu oleh nafsu nanti kita semakin keliru. Jangan sampai rahsia terbongkar dan ada yang terbakar.

Seseorang itu terus merenungku dan bertanya " Bagaimana harusku katakan...."
Nampaknya masalah seseorang itu takkan pernah usai!

8 comments:

cemomoi said...

ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu ikut hati mati, ikut iman amannnnnn

zino said...

pasal tu jangan cuba cuba di dekati.. kalau dah melekat memang sukar nak leraikan..

al-lavendari said...

salam ziarah.

terima kasih kerana sudi singgah dan komen di blog saya.

Memang "cinta sesuatu yang datang tanpa diundang tanpa dirancang" tetapi kita telah ada garis panduan untuk memandunya mengikut jalan yang 'lurus'.

ONE ZABA said...

kalau dah angin kus kus...payah la nak tolak.

mamai said...

tiada masalah yang tidak akan selesai wahai sahabat

Nek Cun said...

Kalau sudah terjerat dengan cinta terlarang memang susah untuk merungkainya!... hanya kekuatan iman dan takwa kepada Allah yang akan dapat membantu kembali ke pangkal jalan!... Bergantunglah kepada Allah untuk pertolongan dan bukan kepada lain-lain yang ada di dunia kerana hanya Allah yang menentukan segalanya!...

Mak Su said...

salam ziarah kak :)

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Yang bernama sebuah CINTA itu memang sangat indah dan mengsyikan. Tak kira samada terlarang atau tidak. Keputusannya akal yang menentukan. Jika bertanya pada hati, tentulah terserah sahaja tanpa memikirkan buruk atau baik...

Berpalinglah kepada akal untuk membuat keputusan....