Friday, July 09, 2010
Kepercayaan
Kadangkala kita jadi keliru dan terkilan bila kepercayaan atau keyakinan yang kita berikan kepada seseorang itu dikhianati. Seseorang yang pada fikiran kita adalah pilihan paling tepat dan terbaik pada masa itu. Seseorang kononnya yang amat rapat dan mengerti tentang diri dan perasaan kita. Lalu tanpa berfikir berulang kali lagi kita dengan putih hati menyerahkan rahsia diri untuk berkongsi cerita dan melepaskan tekanan jiwa. Tanpa curiga penuh percaya.
Justeru jadilah kita yang sebagaimana kita mahu seseorang itu berperilaku. Menyimpan amanah rahsia diri siapa saja yang menagihnya dari kita. Ia adalah satu penghormatan yang bukan semua dapat memilikinya. Kepercayaan dan keyakinan yang menuntut kepada keikhlasan hati dan menjaganya selagi hayat dikandung badan. Agar tiada sesiapa merasa betapa sakitnya dikhianati apatahlagi oleh kawan sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
betul le tu
kekadang kawan baik jadik lawan
kekadang musuh jahat jadik rakan rapat
Jangan mudah berkongsi cerita dan rasa peribadi dengan kawan.
Lebih baik tidak perlu mengetahui/mendengar hal-hal tentang orang lain yang mahu idceritakan pada kita, agar kita tidak terbeban untuk menjaga kerahsiaan.
kawan yg macam tu tak boleh di simpan.. nyah kan dari kehidupan.. bila dah tak amanah.. sudah tidak ada nilai walaupun seposen hehe
Falsafah yang sungguh bermakna tu
berkawan sekadarnya..
bersahabat ketentuanNYA,
bercinta sekadarnya,
berkekalan takdirNYA,
jangan pernah meminta kepercayaan dari manusia, tp jangan pula kita berburuk sangka, inilah dunia, sakit bagi orang yang sedar, tapi manis bagi orang yang sabar.
salam kenal..
maaf lama tak berblog..kesusteraan itu agung untuk di kongsi tapi keperibadian itu adalah limitasinya. apa apalah...apapun satu catatan yang manis.
Salam Noorlara,
Jika kita ditakdirkan mampu untuk memiliki masa lampau, apakah kita akan melalui denai kehidupan ini sekali lagi?
Post a Comment