Minggu-minggu kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita yang tak pernah terfikirkan sebelumnya. Kisah-kisah benar anak-anak yang didera, disimpah dengan asid, dipaksa minum racun malah dibunuh oleh ayah sendiri. Nilai kasihsayang seorang ayah semakin rapuh. Kerapkali suami isteri yang menghadapi konflik rumahtangga menjadikan anak sebagai bahan melepaskan geram. Justeru mengikutkan kata hati mereka melakukan perbuatan kebinatangan yang melupakan hakikat bahawa anak-anak yang menjadi mangsa itu adalah darah daging sendiri yang lahir dari rasa cinta kasih. Malah binatang pun hanya sedikit cuma yang tidak mengenal anak.
Pada hakikatnya adalah mustahil seseorang ayah sanggup berbuat demikian. Di sana ada sebab musabab yang mendorong terjadinya musibah tersebut. Perasaan cemburu, kegagalan menyara anak isteri dan sakit mental antara faktor yang membuat seseorang ayah hilang pertimbangan. Bertindak untuk melepaskan perasaan marah atau kecewa demi kepuasan hati sendiri sehingga terlupa bahawa yang disiksa itu anak yang suatu masa jangankan dijentik, digigit nyamukpun tidak direlakan.
Apakah tuntutan kehidupan hari ini pantas membuat kita menjadi cepat resah dan marah. Siapakah sebenarnya sepatutnya bertanggungjawab akan kejadian-kejadian yang menyebakkan dada ini. Salah kitakah sebagai ahli masyarakat yang tidak peka dan ambil peduli kepada keperluan mereka yang tidak punya. Atau semua ini terjadi kerana pelaku tidak berpegang kepada agama, tidak yakin bahawa Allah adalah tempat mengadu dan sebaik-baik tempat untuk berlindung.
16 comments:
iman makin menipis, angkara melata2 di muka bumi
hilang kewarasan akibat kedangkalan
na'uzubillah
Salam Noorlara,
Seorang ayah yang sentiasa akan menjadi pelindung kepada isteri dan keluarganya, kekadang sesuatu kesilapan membuatkan sang lelaki akan menyesalinya sepanjang hayatnya.
Tetapi ayah ini dengarnya , berpenyakit mental Noorlara....
Masih mampukah kita untuk menguslasnya?
Maksu,
memang betui u dan mungkin ini tanda-tanda akhir zaman
cemomoi,
kedangkalan yang berpunca dari diri sendiri, tidak prnah mahu mempertingkatkan kualiti diri
zed,
Mungkin yang mentalnya berpenyakit boleh dimaafkan tapi bagaimana dengan yg melakukannya hanya untuk melepaskan geram kepada isteri?
Lara,
Mana ada suami yang macan tu, jika marah kat isteri buat apa dikenakan pada anak,
Jika saya terus marah kepada isteri jek...
apakah yang dikatakan ya'juj ma'juj itu manusia sendiri?
tidak...
tapi...
inilah ya'juj ma'juj fasa pertama.
persiapkan diri kita...
kerana dunia semakin bergelora..
agar kita sendiri bukan dari kalangan mereka.. nauzubillah..
iman kita senipis kulit bawang merah...huhu
Assalamualaikum wbt
Isyy! Mane nak mandang laki mcm tu skrg ni? Takkan le ghedat (teruk) bebenor kecuali le pengaruh dadah atau ganja yg menyebabkan luar kawalan refleksi. Sape2 pun, mun udah ghope tu, aje mmg lebih dari itu pun sanggup deme buat. Sebenornye seemua bersalah baik laki-bini, keluarga sendiri mahupun keluarga mertua sebab perkahwinan bkn asas agama. Bila nak mcm ni tanggung jele...
zed,
sape kate takde suami tak semenggah macam tu berlambak di pasaran le. kalau bleh disumpah jadi batu adelak gunanye wat batu jalan.
d'azali,
Benar, semua yg terjadi di dunia sekarang amat menakutkan, bencana alam yg tanpa diduga, perakuan manusia yg memningkan kepala. Mudah-mudahan kita semua berlumba lumba untuk mempertingkatkan iman dan taqwa
Hi Noorlara, its sad to read about that. But I guess there are these people who need medical help ASAP.
You keep well and have a happy hari merdeka, Lee.
jiwa kacau tu...
Salam,
Cinta luaran dan palsu. kahwin untuk nafsu buas bukan kasih sayang sebenar.
Nilai kemanusiaan runtuh ke tahap nilai kebinatangan bila Iman dan taqwa di campak jauh dari kehidupan.TQ
Salam,
Ramadhan semakin hampir menutup tirai, sepatutnya hubungan kekeluargaan semakin erat, apa yang berlaku mungkin mereka tak menjadikan Ramadhan sebagai bulan muhasabah, menghitung dan mengira banyak mana talian hayat yang telah disediakan untuk bertemu Allah nanti.
TK
U.Lee,
Betul tu, yg berbuat demikian sememangnya ade yg tidak kena dengan jiwa mereka, mereka perlukan bantuan!
semut api,
jiwa kacau hati rawan dan iman yg koyak
wakman,
kalaulah semua kita sedar betapa pentingnya institusi keluarga dijaga kerana ia bukan saja menjamin kebahagian kita sendiri tetapi berkaitrapat dgn sejahtera sesuatu bangsa dan negara. Nampaknye wakman kena selalu memberi ceramah yg menekankan prkara ini.
Post a Comment