Wednesday, August 18, 2010

Keliru


Pada suatu ketika hubungan itu amat rapat bagaikan isi dengan kuku, aku adalah engkau dan engkau adalah aku. Begitu masa berlalu hangatnya percintaan membakar jiwa dan asmara. Setiap detik wajahmu terbayang dan namamu meniti di bibir. Tiada apa yang lebih penting selain engkau, engkau dan engkau. Ikatan yang berlandaskan perasaan kasihsayang yang melimpahruah memeriahkan hari hari kita.

Masa terus berlalu biasalah alangkan lidah lagikan tergigit inikan pula kita manusia. Namun sentiasa ada pengertian dan kemaafan. Apa yang penting adalah keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan.

Entah kenapa kini tiba-tiba sahaja kita saling menjauhkan diri, engkau dengan hal engkau dan aku dengan hal ku. Aku masih amat merinduimu tapi tak pasti kalau kau juga begitu. Aku masih menantikan tibanya detik indah seperti dulu tapi apakah ia akan berulang kembali. Memang aku terluka dengan perbuatanmu dan kau juga tersayat dengan perlakuan ku tapi tidak bolehkah kita melupakannya dan memulakan kehidupan baru di penghujung usia ini. Kalau kau kembali aku akan sentiasa menerimamu seperti dulu.

Cuma aku bimbang kalau tahap kesabaranku semakin luntur, aku bimbang kalau cinta dan kasih sayangku kian lebur dan paling aku bimbang kalau aku terjebak dalam perangkap cinta yang ternganga luas menanti mangsanya iaitu aku! Justeru aku hanya seorang lelaki yang tidak ingin terbelenggu dalam deraan rasa sepi, kecewa dan resah yg berpanjangan.

Aku semakin keliru...haruskah aku membiarkan kau terus bebuat suka hati... atau aku lepaskan kau pergi...

(Coretan ini khas untuk sahabatku Z sering ditinggalkan...)

10 comments:

Lee said...

Hello Noorlara, lama ta'jumpa. How you doin'?
As my bahasa sebelum Merdeka, very rusty, I better not comment re your posting, nanti silap get mistaken for marrige proposal, itu lecheh kan? Ha ha. Just joke joke.

I like your previous posting tu puasa pics.
So, apa you masak buka puasa? Ikan tenggiri goreng sumbat sambal? Ikan siakap masak asam nanas?

Anyway, here's wishing you and all at home a pleasant bulan puasa.
You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Jangan disiut2kan api tu weh! Mun udoh terbakor mumbun, panjang ceghitenye! Kot2 tak laghat nak keghebeh madamkan api tu...
p/s Selamat Berpuasa!

terokai seni said...

setan paling suka pada sahabat karib yang akrab lagi...

suka pada seseorang jangan suka sangat kalu benci seseorang jangan benci sesangat

bersederhana dalam semua perkara

en_me said...

keliru kanns..

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Ada entry baru rupanya di blog, sempat juga mengarang.

Cinta dalam ukuran jenis apa pun akan luntur, jika tidak selamanya, mungkin sementara. Terkadang sang pemain cinta akan tersungkur di pintu petaka kasih sayang yang tidak bertepi.

Siapakah sang pemain cinta, yang menunggu petaka di ujong usia?

noorlara said...

U.Lee,
awak memang pandai makan menu Melayu tapi mana ade tenggiri sumbat, cencaru sumbat adalah hahaha

tajnur,
mana ade kite siutkan api tu saja nak bagi si isteri melihat ke dalam hati suami yg derita bertahun-tahun camtu, kesian...

cemomoi,
betui tu bersederhana dalam segala segi itu juga anjuran agama kita - Islam

en-me
sori le wat awak keliru sama hehehe

zedmagel,
Bukankah cinta itu menuntut pengorbanan yg bukan sedikit, sering kita perlu ketepikan kepentingan sendiri demi kebahagiaan dia yg kita cinta namun terkadang justeru kita manusia (saja alasan) tak bisa lepas dari perasaan hilang sabar dan bosan kalau kita saja yg harus mengalah!
This is true story of a friend of mine.

zedmagel said...

Noorlara,

I feel so sad about your friend story. What can I say, there are life - full of challenge and frustrated

Abd Razak said...

Salam...

Keterbukaan kepada orang merupakan pendorong bagi teman-teman yang tak baik sedang ketertutupan dari mereka merupakan penyebab terjadinya permusuhan. Oleh kerana itu, jadilah engkau orang yang berada di antara keterbukaan dan ketertutupan.

noorlara said...

Saudara Abd. Razak.
Memang betul tu dalam kata lain hendaklah kita bersederhana dalam kehidupan ini.

wakman said...

Salam,
Pesanan Nabi Muhammad S.a.w

Rebut 5 sebelum datangnya 5
sehat sebelum sakit
lapang sebelum sibuk
senang sebelum susah
Muda sebelum tua
hidup sebelum mati