Saturday, August 21, 2010

Kerana mulut


Pepatah Melayu ada mengatakan "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya" justeru "Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa".

Seringkali pertengkaran, pertelingkahan dan pergaduhan bermula dari kata-kata yang keluar dari mulut kita. Bercakap ikut sedap mulut tanpa mengkaji buruk baiknya. Berapa banyak kes kes perceraian berlaku hanya kerana perkataan yg dihamburkan telah menyakiti atau mengecilkan hati pasangan. Akibatnya pasangan melancarkan perang dingin atau lebih teruk lagi pergi menjauhkan diri.

Anihnya semakin lama perhubungan maka semakin sensitif perasaan suami atau isteri. Kekadang kata-kata yang mulanya adalah gurauan tiba-tiba menyebabkan keduanya bertegang urat atau berperang mulut. Oleh kerana itu berhati-hatilah bila bercakap. Katakan yang indah,menegur dengan berhemah dan jangan dilayan pertelingkahan pendapat sehingga menjadi pergaduhan yang mengujudkan permusuhan yang tidak perlu. Kata-kata kesat, menghina dan memperkecilkan pasangan hanya akan menghakis rasa kasih dan sayang. Apalah maknanya hidup bersuami isteri jika api cinta dan kasih sayang kian terpadam.

Kata orang "Mulut nak manis, hati nak baik".

20 comments:

Lee said...

Hi Noorlara, saya suka your that pic of 'a woman coming from....', very nice.
Regret my bahasa not good enough to comment on your posting, so will just wish you and family a pleasant bulan puasa. Stay young and keep a song in your heart, Lee.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tu le gunanya bertohor, bebanyakkan sabor. Walo macamne jelabeih mulut ompuan, buat menohin je lah sbb yg sebenornya deme tu nak luahkan perasaan. Ate, bagi deme peluang luahkan, nanti sesenang dah habih latiyornye, baru le kita menjawab. Itupun kalo perlu, mun idak dipengapkanlah. Idak gitu?

terokai seni said...

tu tu kekadang gurauan jadi bahan kelahi... ntah la.. tapi memang ada setan yang bertugas khusus memecah-belahkan rumahtangga

noorlara said...

U.Lee,
Takpelah tak boleh nak komen as long as u cud understand what i wrote in my blog. Dtg jengukpun dah buat lara suke sgt.
I love it every time u ask me to keep a song in my heart.
Bahagia selalu.

noorlara said...

tajnur,
kalu semua suami macam awak dah tentu kadar perceraian akan menurun hahahha, anyway maafle lara tak dpt dah balas dalam dialek Perak sebab teman ni bukan asal Perakle, dah bertahun dok numpang sini tapi lidah ni tak pandai pandai nak cakap Perak.

Gi jenguk jugak blog sedara tp takde tempat nak menyibuk, watpe ek?

noorlara said...

cemomoi,
memangnye dia satu keluarga stan yg mmengawal kita ni, kekuatan iman je yg membentengkannya. Suami kena banyak sabar dan kelukan lidah, tebalkan tinger hehehe

Lee said...

Hi Noorlara, I lupa you di Ipoh. Di mana Ipoh? Canning Gardens? Tambun?

I stayed in Ipoh about almost dua tahun wayyyy back in the '70s at Canning Gardens...that time ada lagi my Bachelor's degree, ha ha.
Saya suka Ipoh, very cool....as well half way to KL or Penang.

You remember that stengah gunung jatuh I lupa the name of the road...that dropped on many homes, killing a lot of people?

I was driving a couple of miles away when it happened, thought was Earthquake! Kesian tu incident.

Oh ya, I used to ahemmm, bring an SYT to Taman Tun Sambanthan Lake gardens and churi tangkap ikan malam, ha ha. Dapat haruan besar.
As well at Taiping Lake gardens too.....

So, see....not always bring SYTs pegang tangan....instead poaching fish, ha ha.
Have a nice day, stay young and hold that smile, Lee.

noorlara said...

U.Lee
m staying in Pengkalan on d way to Batu Gajah, m not local so tak tahu sgt fasal Ipoh setakat Canning Garden dan Tambun taulah. Tu pun dulu pernah tinggal kat kuarters kerajaan di Polo Ground. Sekarang ni kalau U.Lee dtg Ipoh jgn bimbang sebab most of d house in Canning Garden masih remain d same cuma jalan dah one way. Compared to other state in Malaysia Perak ni lamabar skit membangun hahahaha.
Geli hatilah U.Lee masih guna ejaan lama, sekarang bahasa melayu dah banyak kali tukar cara ejaan. Anyway i salute u as u still can spell those malays words correctly walaupun dalam ejaan lama.
U stay fit n handsome hahaha

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tak ngape, walopun tak pandei ckp loghat Perak aseikan buleh paham kighe udah le ckp baguih. Teman ni pun udah lame ninggeikan Perak tapi loghat Kuale, Paghit dan Setiawan idak le lekang lagi masih sohh kata org Perak. Ooo kighenya duduk dkt Copenhagen (Pengkalan Pego) le! Gamaknya skrg dah jauh berubah jika dibanding dedulu...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kesimpulannya kerana mulut habis pulut

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Begitulah setiap kehidupan dan alam berumah tangga. Cinta dan kasih sayang bukan indah selamanya.
Sedangkan pinggan lagi bersengit, inikan pula hidup manusia. Cabaran dan tantangan berada di mana-mana...cuma cara kita menanganinya.

noorlara said...

tajnur,
Pengkalan pego le ni dah pesat membangun tak macam sepuluh tahun sudah masa saya memula pindah ke sini. Dah ade TESCO, Station 18 yg mrupakan shop houses yg kian meriah dan tak alam lagi akan ade MDonald yg besar hahahaha pendek kata bertambah mahalle harga tanah kat sini dah tak kampung lagi. In future JUSCO is coming over. Mai le jenguk

noorlara said...

hahahha bijak awal kerana mulut, pulut habis tapi mesti ade kari ayam atau kuah durian hahahha

Lee said...

Noorlara, boleh saya have your permission to copy your old posting of your ikan terebuk bakar and budu?
Tengok la....saya ta'lupa your cooking, ha ha.

I want to have it in my next posting, and credit will be given to you.
No charge for advertising.
Ada any Royalties, or surat lawyer to sign? Ha ha ha.
I love that ikan bakar of yours! Best tu. Lee.

Mak Su said...

kak , salam ramadhan.. lama sy tak menjenguk2 tup2 template dah lain :)

cantik gitu.

saya baru kehilangan, seseorang yg rapat.

wakman said...

Salam,
Doa sukses.
Kebahagian rumahtangga perlu kepada ikatan kasih sayang, berlapang dada dan ada peningkatan ilmu kemahiran dalam institusi kekeluargaan.
Teruskan perjuangan, badai gelora pasti tiba, namun mampu dihadapi kerana cinta sejati suami isteri kerana ILAHI.

noorlara said...

Dear u.Lee,
Buat le macam rumah sendiri blog ni hhahha u r free to copy whatever u like....
Bahagia selalu

noorlara said...

Wakman,
betul tu kalau cinta kasihsayang suami isteri kerana Allah, Insyaallah bahagia dunia akhirat

noorlara said...

Maksu,
Namapknya ramai kehilangan org tersayang pada Ramadhan ni, jgn lah berhati rawan, hilang di mata, hilang di dunia namun di hati biar tetap bersemadi harum mewangi

Lee said...

Noorlara, drop by my pondok later, your time around 7AM...8am. Showing your food. Best regards, Lee.