Tuesday, August 03, 2010

Syukur Alhamdulillah



Tiada apa yang kita sayang maka sayangilah apa yang kita ada.
Janganlah cepat berputus asa kerana orang yang berputus asa sebenarnya telah mati sebelum masanya.

Kalau rumah kita jauh lebih baik dari ini kenapa nak yang besar macam istana.
Yang penting bahagia.

7 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Moga sihat hendaknya..

Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan yang sulit-sulit melalui hartamu.

Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu...

ONE ZABA said...

memang sifat kita tak pernah puas dgn apa yg ada..

Kakcik Seroja said...

Salam...

bila kita terlalu memandang ke langit, kita lupa bumi yang dipijak. Maka, kita berangan2 untuk mencapai bintang tanpa memperdulikan permata yang bertaburann di sekeliling kita.

en_me said...

syukur kanns.. salam ramadhan..

de_kerinchi said...

salam....

berjalan selalu menunduk ke bumi...kalau sering mendongak kelak tersandung jatuh....

Salam ramadhan, selamt berpuasa dan semoga diberkati........

zedmagel said...

Salam Noor,


Saya Sangat bersetuju, kebahagiaan tidak mampu diukur oleh harta benda, tetapi harta sangat perlu untuk membahagiakan

wakman said...

Salam,
AlhamdulilLah, syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah.