Thursday, September 02, 2010

Bahagiakan ayah ibu di hari raya


Sudahkah kita memberi peruntukan kepada ibu di kampung untuk perbelanjaan menyambut eidul Fitri. Kalau tak banyak sedikitpun tidak mengapa asalkan membuat ibu merasa lega dan bahagia. Kalaupun tidak dapat balik beraya sekurang-kurangnya keperluan mereka tidak terabai. Apalah gunanya kita beraya sakan bersama isteri, suami dan anak-anak tetapi ibu merasa disingkirkan dari ingatan dan tanggungjawaban.


















Masih ada ayah, bersyukurlah kerana kita lebih bertuah dari yang lain. Bagaimana sepersalinan baju melayu, songkok dan capal. Amboi bergaya megah ayah, abah, bapak atau apa saja yang kita panggili mereka. Belanja tak seberapa, setahun sekali pula, takkan masih berkira- kira.









Sanggupkah kita membiarkan ibubapa menunggu sehingga mati, ingatlah mengembirakan hati ibu dan ayah hasilnya doa yang membawa ke surga.

9 comments:

terokai seni said...

waaa ni yang nak balik cepat ni, tapi raya lambat lagi laaa... amik cuti lepas raya, so malam raya baru bule balik

noorlara said...

Fakeh,
terima kasih atas maklumat, sangat bermanfaat

cemomoi
Akak pun sama balik mlm raye hukhukhuk. Selamat balik beraya, berhati hati di jalan raya

Kakcik Seroja said...

Salam Lara..

memang ada orang yang berhati kering dan sanggup membiarkan orangtua yang membawa kelahirannya ke dunia ini menanti2... :(

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir bathin. Sangat elok pesanan dan tulisan begitu, kerana anak remaja di zaman ini. Dejavu aidilfitri seakan berkurangan...

Semut Api said...

Sungguh sesuatu gambar itu....

~Selamat Hari Raya maaf zahir batin ~

Abd Razak said...

Salam..

Seiring datangnya Syawal yang mulia..
Dengan segala kerendahan hati..
Izinkan saya memohon maaf zahir dan batin..
Atas segala kata bicara yang kurang berkenan di hati..
Moga tiada tersisa khilaf dosa...

Anonymous said...

salam kak lara, selamat hari raya maaf zahir n batin. moga ceria sokmo

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Selamat Hai Raya Eidulfitr utk Noorlara sekeluarga . Maaf zahir & batin. Semoga oleh Allah SWT dlm semua urusan InsyaAllah

noorlara said...

kak Cik,
Tah apa nak jadi manusia yg macamtu, doakan mereka cepat sedar.

Zed,
kekadang pesan camnapun ade yg buat pekak badak, akal letak kat lutut.

semut api,
camna dgn sambutan raye, raye pertama kat mana?

Intan dan Abd Razak dan Tajnur
same 2 u