Monday, September 20, 2010

Bersama berusaha membina bahagia

Terasa buntu tak jumpa jalan penyelesaian atau sebab sama-sama ego tak mahu mengalah dan mementingkan diri sendiri. Bukan tak sayang tapi yakin dengan keptusan yang diambil adalah yang terbaik tanpa memikirkan risikonya.


Apa salahnya bawa berbincang, tak cuba tak tahu kalau dicuba ada peluang 50 - 50, untung sabut timbul untung batu tenggelam (mana ada batu yang timbulpun. Jangan dianggap perhubungan itu satu perjudian sebaliknya ia adalah perkongsian.

Pantai mana tak pernah dilanda ombak laut mana yang tak pernah bergelora?


Bersama berusaha Insyaallah kita akan sampai ke pulau impian dan menemukan bahagia.Pokoknya yakin dan tawakkal kepadaNYA.

6 comments:

imanshah said...

sedangkan lidah lagi tergigit

d' azali said...

`usaha
`sabar
`tawakal
`redo
`syukur

zedmagel said...

Yang susah jika tiada tolak ansur dan perbincangan yang memberikan kepuashati dua belah pihak.

Nek Cun said...

Salam Lara, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya, ma'af zahir batin dari nekcun sekeluarga.

Bersihkan hati, lapangkan minda dan berfikirlah secara rasional. InsyaAllah akan ada jalan penyelesaian yang terbaik...

noorlara said...

imanshah,
d'azali,
zedmagel
dan Nek Cun
Kebanyakan kita tahu akan resepi kebahagian dalam perhubungan namun kekadang mudah tunduk kepada tuntutan emosi bukan mengikut akal fikiran.

zedmagel said...

Noorlara,

Awak senang aje, semua pandangan awak jawab sekali arung yek?