Tuesday, October 05, 2010

Assalamualaikum


Tadi pagi turun dari kereta aku melangkah dengan wajah ceria menuju ke lif. Tanpa perlu menunggu rupa-rupanya telah sedia terbuka salah satu dari pintu lif di situ. Mendahulukan kaki kanan melangkah masuk ke dalam lif dengan ucapan "Assalamualaikum" sambil memandang sepintas lalu mereka yang sedia berada didalam lif tersebut. Wajah-wajah orang kita lelaki kemas berkemeja lengan panjang dan wanita yang manis bertudung berbaju kurung adalah kira-kira 7 ke 8 orang. Huhhhh malangnya tak seorangpun yang menjawab salam yang ku hulurkan macam tak dengar lansung, sertamerta naik angin satu badan kesal dan kecewa. Tak tahulah kalau mereka bukan Islam, tak tahulah kalau mereka semua ada masalah pendengaran dan tak tahulah kalau mereka itu bisu belaka.

Ini bukan masalah baru dah selalu dibangkitkan, sejak di bangunan pejabat lama sampailah ke bangunan baru yang lebih indah dan agam ini, nampaknya sikap orang kita sama sahaja. Amat sukar nak bertegur sapa walaupun sering bersua muka berkali-kali dalam sehari. Bukan tiada yang mesra dan ikhlas tapi jumlahnya satu dalam sepuluhpun susah, tak percaya?

Salam adalah antara kekuatan kita umat Islam, salam bisa melembutkan hati dan menjalin silaturrahim. Jjanganlah disalah anggap bila menerima salam. Bukankah kita telah dipesan untuk saling hormat menghormati, yang muda dulu memberi salam kepada yang lebih tua, kalau kita di atas hulurkan salam dahulu kepada yang di bawah, hatta sebelum masuk rumahpun kita dianjurkan agar memberi salam. Salam adalah alat komunikasi paling berkesan dan penuh hikmah. Janganlah diabaikan fungsi salam kerana salam itu ucap selamat kita sesama ISLAM

12 comments:

terokai seni said...

huu nampaknya nak kena ulang skali lagi le tu... takut saloh dengo le tu

Abd Razak said...

Salam...

Mereka tak dengar kot...
Kadang ada yang pilih orang juga nak jawab salam...

IMANSHAH said...

ada yang jawab miming dan jawab dalam hati

mamawana said...

Salam....depa terkedu, terpukau sampai takleh nak jawap salam. Esok2 depa jawaplah tuuu....

zino said...

jawab pelan pelan kot ..

Semut Api said...

assalamualaikum tuan umah...
selamat hari raya last kopek hari ni... :)

Anonymous said...

salam kak. mungkin derang dah jwb dalam hati. tp byk keadaan, klu bkn dalam majlis, mmg selalunya macam tu. takut disalah anggap pun ada jg.

noorlara said...

Cemomoi, Abd Razak, imanshah,mamawana,zino, semutapi dan INTAN RH.

Sabar je le

d' azali said...

sebab bg salam ni dh rare sgt kot utk public.. dorg terkial2 la tu.
hmm, tp bagus la.. pasni kalu sy masok lif pun nk bg salam laa..
sape nk mulakan budaya & peribadi muslim kalu bukan kita yg mula dulu iye dok?

Masy said...

klu malas nk mmberi, apa salahnya ringankan mulut nak menerima. memberi tu pahala, x menerima tu dosa. haiiiii laa manusia.

chekdenoor said...

Salam .....

jom joint blog baru chekdee di www.butik-sayang.blogspot.com

Shopping mata pun ok......

arsaili said...

salam..i can feel how frustrating kan bila kita bagi salam orang tak jawab salam...tapi the best thing kita amalkan je bagi salam ...dia orang tak jawab biar la makhluk Allah yang lain menjawab...tidak la rasa kecewa sangat