Thursday, October 21, 2010

Di persimpangan


Sahabat blogger semua,
Ini adalah kisah benar, saya mengharapkan pandangan yang ikhlas bagi membantu insan ini menyelesaikan masalahnya. Saya telah memberikan pandangan dari sudut kaunseling dan saudara / saudari semua bebas dalam memberi pandangan.



Lelaki ini seorang pegawai polis berpangkat DSP dan 3 tahun lagi akan berpencen. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang guru yang 3 tahun lebih tua darinya dan baru pencen pada jawatan Pengetua. Pada 8 tahun pertama perkahwinan mereka amat bahagia hingga dikurniakan beberapa 4 orang anak termasuk seorang lelaki. Selepas dari itu hubungan mereka menjadi amat dingin. Walaupun beliau telah cuba sedaya upaya untuk menghangatkan kembali cinta mereka seperti memberi jambangan bunga dan hadiah setiap kali ulangtahun kelahiran / perkahwinan dan membawa isteri melancong dalam dan luar negara namun ternyata ia sia-sia.

Sejak 14 tagun sedah mereka telah tidak menjalani kehidupan seperti suamisteri yg lain, tidur berasing dan tidak bertegur sapa. Beliau mendakwa tidak dipedulikan isteri. Beliau juga menafikan ada membuat sesuatu yg menjadikan isteri amat marah dan berdendam seperti curang dan sebagainya.

Baru-baru ini isteri belia telah mendapat kanser payudara dan telah menjalani pembedahan. Beliau mendakwa telah menjaga isteri dan tetap sayangkan isterinya tapi sekarang perasaan itu hanyalah setakat sayang abang kepada adik.

Beliau tidak boleh berpoligami tetapi mesti dengan izin isteri pertama kerana itu adalah peraturan jabatan Polis. Isteri beliau membantah sejak lama dulu dan telah membuat aduan kepada jabatannya dengan menfitnahkan beliau. Akibatnya beliau tidak mendapat kenaikan pangkat seperti sepatutnya. Saya sarankan agar mendapatkan sokongan ketua jabatan tetapi beliau mendakwa telah mencuba dan ditolak.

Ketiga-tiga anak perempuan beliau memahami kecuali anak yg lelaki, masalahnya sekarang beliau sudah tidak sanggup menahan sabar dan menanggung kesepian, beliau mahu merasa kebahagian hidup sebagai seorang suami. Permintaan beliau untuk bernikah telah dijawab dengan perbagai ancaman dari isteri. Beliau tidak pernah mengabaikan isteri walaupun tidak mendapat layanan lansung, beliau bimbang akan menjadi sasau dan tidak dapat fokus kepada kerja.

Justeru beliau ingin bernikah lagi, ada halangan isteri, anak lelaki dan jabatannya. Jadi apakah nasihat sahabat blogger semua agar beliau tidak terseksa lagi? Kami suamisteri kenal baik dengan beliau dan memang ada perubahan sikap dan keterampilan beliau yg drastik tak seperti dulu, kini nampak kacau, serabut dan pendiam. 14 tahun merupakan hukuman yg tak sepatutnya beliau tanggung.

11 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Saya melihat perkara ini dengan positif sekali dan jika kawan puan bercadang untuk berpoligami sebaik-baiknya perlulah memahami dan menghayati surah al-Nisa' yang berikut: “Maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja”(an-Nisa':4:3:)

Suami yang tidak berlaku adil akan bergelumang dengan dosa dan di akhirat nanti separuh badannya akan lepas dan terputus, sebagaimana sabda Rasul yang mafhumnya, “Barang siapa yang mengawini dua perempuan, sedangkan ia tidak berlaku adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus.”

Cuba teliti dan fahamkan syarat berpoligami dan akibat daripadanya jika tidak berlaku adil.

1. Sebelum berpoligami pastikan terlebih dahulu sama ada anda berupaya dari segi mental, emosi dan berlaku adil dari segi penyediaan makan minum, tempat tinggal isteri yang sedia ada, isteri yang bakal dimadu, belanja perubatan, giliran bermalam, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Kalau tidak yakin atau anda ragu-ragu tidak akan dapat berlaku adil, fikir dua kali sebelum meneruskan cadangan berpoligami sekalipun anda melepasi syarat-syarat berpoligami seperti isteri anda mandul, berpenyakitan yang tidak membolehkan anda melakukan perhubongan kelamin dan sebagainya namun syarat keadilan tetap wajib. Kalau diteruskan juga hasrat anda itu sedang anda tidak mampu berlaku adil, maka dikhuwatiri anda akan bergelumang dengan dosa setiap hari sekalipun anda orang yang taat mendirikan solat dan seumpamanya.

2. Boleh menimbulkan perasaan curiga-mencurigai, hasad dengki di kalangan isteri-isteri yang dimadu. Demikian juga ia akan mempengaruhi perkembangan anak-anak juga.

3. Boleh menjejaskan ekonomi rumah tangga kerana terpaksa menanggung nafkah keluarga yang sedia ada dan isteri yang dimadu dan anak-anak yang bakal lahir.

4. Lumrahnya kehidupan berpoligami tidak ada keharmonian dan ketenangan dan akibatnya akan menjejaskan pertumbuhan minda dan pembelajaran anak-anak kerana sering berhadapan dengan karenah-karenah yang negatif yang dipertontonkan oleh ibubapa sehingga menyebabkan anak tidak berasa aman tinggal dirumah.

Dalam keadaan kawan puan tidak terurus dan fikiran kusut masai amatlah tidak sesuai dikeruhkan keadaan dengan berhasrat untuk berkahwin seorang lagi. Kalau ada masalah dari pihak isteri yang tidak menyenangkan perlu diselesaikan dan isteri pula hendaklah sedia berubah. Kalau diteruskan juga niat tersebut ia tidak akan menyelesaikan masalah malah ia akan mengundang masalah baru sama ada dengan isteri yang sedia ada atau dengan isteri baru. Apatah lagi kalau berpoligami secara sulit tanpa kebenaran dari mahkamah ia telah melakukan kesalahan jenayah dan boleh di ambil tindakan di bawah undang-undang jenayah syariah.

Dari penjelasan secara ringkas dan tidak tersusun ini harap sekurang-kurangnya dapat menolong menjelaskan perkara yang perlu di lihat sebelum bertindak.

mamawana said...

Salam,

Setuju dgn saranan Ust Abd Razak tu. Dihiasi lagi dgn sifat sabar dan berpuasa. Masih2 ramai ibu2 tunggal, makcik2, nenek2 yg single mingle berpuluh tahun hidup sendiri mampu tenang dan damai. Buka minda. FIkir2. Insyaallah.

IMANSHAH said...

salam kak..

saya pun tak reti bab2 kawen ni, saya pun belum lagi dapat carik isteri..haha

apapun, saya setujulah dengan ustaz razak (abe jak) tu..takut membawa kepada dosa yang lebih besar @ zina kalau berterusan begini

Mak Su said...

naper isteri dia marah sgt kat dia ek?

anyway maaf kak, sy tak berapa berpengalaman dan mahir dlm soal hidup nak hulurkan nasihat

noorlara said...

Saudara Abd Razak,
Terima kasih atas kupasan yg panjang lebar, ia amat mebantu. Insyaallah saya akan print dan berikan kepada beliau.

mamawana,

Kita perempuan tak sama ngan lelaki, mereka tak berapa sabar dalam menangani desakan rasa sunyi dan nafsu tapi kalu dah 14 tahun faham-fahamlah.

Imanshah,
terima kasih dan semoga semua ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

maksu,
Akak dah tanye dia nafikan bahawa tiada apa terjadi yg sepatutnya menjadi kemarahan dipihak isteri dia.

zino said...

noorlara
setuju dengan pandangan abd razak.. tetapi perlu cari punca kenapa isteri dia bersikap sedemikian.. tentu ada sesuatu yg telah berlaku menyebabkan isterinya bersikap dingin..

dan ada kah dengan berkawin lagi masaalah akan selesai..semuga kawan norrlara dapat mencari jalan terbaik utk mengatasi masaalah ini..

mamai said...

seandainya ada kebenaran dan kesabaran pasti akan ada keberkatan.

Semut Api said...

berat nih...
aku simpati dgn suami & respek dgn dia yg 14 tahun bersabar..
boleh dikategorikan kes 'penderaan' juga nih..

elok rujuk ke pejabat agama..

Anonymous said...

salam kak lara, dlm hal mcm ni kita kena dgr n pandang kedua2 pihak tanpa bias. Huby sy ex-pdrm dan sy agk arif dgn situasi dlm pdrm. Undang2 pdrm hnya undang2 dunia tapi dia perlu redha sekiranya tindakan dia utk berpoligami, diklasifikasikan sbg "kesalahan tatatertib". Yg penting dia nikah sah disisi agama. Tatatertib tu hnya utk sementara. Mungkin dia ada buat kekhilafan terhdp isterinya yg kita tak tau.

Nek Cun said...

Salam, nekcun tak berani nak komen sangat kerana tidak tahu apa situasi yang sebenarnya... tetapi sedikit sebanyak memang setuju dengan pandangan Ustaz Razak tu...
Yang menjadi sedikit kemusykilan nekcun, mengapa lelaki itu membiarkan kedinginan rumahtangganya sehingga berlarutan 14 tahun dan sekarang baru mahu bertindak mahu berpoligami? Sebagai seorang suami, ketua dalam rumah tangga, dia sewajibnya membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang di redhai Allah, maka seharusnya lelaki itu terus menangani segala kemelut itu sejak awal-awal lagi apabila dia sedar akan perubahan yang berlaku antara dia dan isterinya.

Selalunya, tindakan cepat di dalam menangani sesuatu masaalah akan lebih mudah pada peringkat awal bebanding kalau sudah lama di mana akar umbi punca masaalah sudah reput dan tidak dapat dicabut lagi.

Jadi, dalam kes ini mungkin eloklah lelaki itu bermuhasabah dirinya sendiri dahulu kerana tidak mustahil yang dia juga adalah penyebab mengapa isterinya boleh bersikap begitu dahulu...

Sekiranya, tiada apa yang salah dari pihak dirinya... eloklah dia mencari orang ketiga (yang pakar ilmu ugama) untuk membantu dia berbincang dan menasihati isterinya untuk mencari jalan terbaik untuk memulihkan keadaan rumah tangga mereka.

Isterinya harus disedarkan bahawa bagaimana pun marahnya dia pada suami, dia perlu ta'at dan wajib melayani suaminya berdasarkan syariat Islam kerana keredhaan seorang suami itu amat perlu untuk seorang isteri memasukki syurga.

Kegagalan seorang suami mendidik isterinya supaya kembali mentaatinya berdasarkan syariat Islam adalah sama seperti suami itu sendiri yang merelakan mereka menuju ke neraka... Wallahualam...

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Saya tidak fikir ini satu masalah besar yang rakan anda hadapi, berikan satu penjelasan kepada majikan, isteri dan keluarga dan ambil keputusan yang betul. Islam sendiri membolehkan seorang lelaki untuk berpoligami, terutamanya dalam situasi yang rakan anda hadapi.