Sunday, November 07, 2010

Filem & drama Melayu


Sejak akhir-akhir ini rasa malas nak tonton rancangan drama Melayu, bukan apa hanya agak bosan dengan cerita yang disogokkan, fasal cinta cintun, kisah hantu, pergolakan keluarga, hasad dengki dlam dunia perniagaan dan banyak lagi cerita yang memualkan. Kebanyakan yang dipaparkan adalah kepincangan dalam masyarakat kita sehingga boleh memberi kesan negatif kepada bangsa lain.

Bukan tiada tapi amat jarang ditemukan cerita yang membangun minda, meniup semangat juang, memupuk jati diri atau motivasi dalam dunia perniagaan kecil-kecilan yang akhirnya membawa kepada kejayaan. Cerita yang realistik bukan yang ekstrim hingga sukar dipercaya. Mengkritik tak semudah membuatnya. Mereka yang berada diindustri tersebut saja yang tahu betapa sukar memerah otak untuk mencari cerita yang boleh boom. Masalahnya bila berlumba-lumba buat filem atau drama dengan matlamat utama adalah "Box Office" atau meletup maka cerita yang terpaksa kita tonton tinggi kualiti dari segi teknik penggambaran dan teknologi yang digunakan tapi rendah dari sudut moral.

8 comments:

Mak Su said...

saya pun bosan kak, tak ada yang mengembangkan minda langsung :(

terokai seni said...

dah jarang pulak tengok tv la ni... asyik berblog aje tapi banyak juga le berkembang kreativiti kita daripada asyik menangis depan tv tu

Abd Razak said...

Salam...

Saya hanya menonton National Geografi sahaja...tengok binatang yang tak pernah buat dosa

IMANSHAH said...

terbeli cd senario asam garam..hampas betul

ryann said...

setuju.

mamai said...

sama la malas dah nak tengok baca tajuk dah tahu apa endingnya

noorlara said...

Maksu,
betul tu, yg mengusutkan fikiran
banyakle, yg lucah dan yg ganas.


cemomoi,

hahahhaha tu yg kememeh je boleh sampai nagis depan tv, blog pula seringkali takde masa sebab yg wajib banyak nak kene buat lainle lelaki


Abd Razak,

Suke gaks tengok NG tu tapi kekadang kita dihidangkan dengan mende yg sama berulang-ulang, biasalah ASTRO


imanshah,

Saya memang tak suke cerita yg banyak ketawa apa lagi kekadang lawak yg membodohkan kite


rynn,

terima kasih


mamai,

memang betul tengok cerita atau drama melayu kita jadi Nujum Pak Belalang, selalu tekaan betul

zedmagel said...

Noorlara,

Awak memanglah tak minat filem Melayu, awak minat filem Hindi. Jika bukan kita yang menontonnya siapa lagi? Saya kasihan melihat industri kita, tiada sokongan dari masyarakat sendiri...