Friday, December 31, 2010

Selamat datang Tahun 2011



Lip lap lip lap Tahun Masehi 2010 akan mengundur diri dan mahu tidak mahu kita akan menerima kedatangan 2011. Kedatangan tahun baru yang bermakna pertambahan usia dan semakin dekat kita kepada kematian. Semakin renggang kita dengan kehidupan dunia ini. Justeru apa sangatlah sebenarnya mengejar-ngejar kebendaan kalau akhirnya semua akan ditinggalkan. Namun takkanlah pulak nak hidup papa kedana sampai meminta-minta menyusahkan kerabat dan rakan taulan, hidup tak bertujuan dan bergelandangan. Maka itulah Islam menyarankan kesederhanaan dalan kehidupan dalam apa hal sekalipun agar kita tidak merasa sengsara dan dukacita semata-mata nak jadi kayaraya an berkuasa. Penyudahnya matlamat menghalalkan cara asalkan dapat apa dicita, musuh bertambah dan rakan menjauh.
Tahun 2010 tentu banyak meninggalkan kesan di hati, yang baik dipertingkatkan yang jelek diperbaiki. Tak perlu dikesali sebab setiap apa yang terjadi tanpa kita sedar memang ada hikmahnya. Kepada yang menang pada tahun ini beringatlah kita bahawa untuk menang itu tidaklah susah asalkan berusaha gigih dan dengan kehendakNYA tiada yang mustahil tapi untuk mempertahankan kemenangan tentulah lebih getir kerana banyak pihak yang usahanya berganda untuk merampas tahta. Maka waspadalah dalam berkata dan bertindak dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.

Semoga persaudaraan kita semua saudara seblog akan lebih akrab!

12 comments:

IMANSHAH said...

salam kak

selamat menyambut tahun baru 2011. Gerbang 2011 menampakkan muka, jendela 2010 kian tertutup..semoga kehadirannya membawa sinar baru untuk kita bersama

zino said...

salam tahun baru..

chekdenoor said...

Salam,

Selamat Tahun Baru 2011.
Mudahan kita semua sentiasa dalam keberkatan ALLAH.

ONE ZABA said...

Selamat tahun baru....

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga hari yang mendatang dipenuhi dengan amal soleh...

ryann said...

selamat tahun baru sis

mamai said...

selamat tahun baru kawan biar terlewat namun tetap ku ingat kamu...semoga hidup lebih ceria dan bermakna tahun ini

Nek Cun said...

Salam Lara... tak terlambat kot kalau nekcun nak ucap selamat tahun baru kat Lara sekeluarga... Semoga tahun baru ini akan memberi kita lebih kesempatan untuk menambah 'kekayaan bekalan' kita ke akhirat kelak!...

d' azali said...

yg terbaekkk!! utk 2011..

zedmagel said...

Salam Noor,

Semaikin meningkat usia dan tua setahun lagi yek?

chekdenoor said...

Salam,

Selamat tahun baru lara....walau dah nak masuk feb....harap ucapan in masih releven

wakman said...

Salam,
Semuga tahun 2011 membawa peningkatan Iman, amal dan Taqwa.
Doa bahagia dan sukses.