Tuesday, April 05, 2011

Harga sebuah maruah...


MANGGA DUA SQUARE

Sekali tu dalam kunjungan ku ke Mangga Dua Square yang merupakan antara pusat berjualbeli yang amat terkenal di kalangan pelancong di Jakarta, aku didatangi beberapa anak-anak dalam lingkungan usia 9 ke 12 tahun yang menjaja beg-beg plastik berbagai saiz. Sejujurnya aku tidak berminat untuk membelinya.

Walaubagaimanapun seorang dari anak-anak itu tanpa putus asa mengekoriku dan menawarkan harga Rupiah1,300 atau kurang lebih RM4.oo sahaja. Berkali-kali dia merayu "Bu, murah aje ni Rupiah 1,300, pohon dibeli bu kerna saya belum berhasil Lama kelamaan dia menawarkanku pada harga Rupiah10,000, harga pas katanya malah dia tak akan mendapat sebarang keuntungan. Rimas dengannya aku terus menghulurkan Rupiah 10,000 "Takpe lah anak saya tak mahu beg ni, nah ambil ni buat belanja, seraya menolak pemberianku dia menegaskan "saya bukan meminta-minta bu, kalau saya hanya pohon ibu membelinye saja, kalau ibu mau ambil Rupiah8,00 aje" Wajahnya bertukar suram.

Terkesima dan termalu dengan kata-kata itu aku mengambil satu dari beg-beg itu sambil kataku "Justeru kamu amat menjaga maruahmu ini RM1,300 harga asal, semoga kamu berbahagia".

Dengan ucapan terima kasih berulang kali dia melepaskanku dengan senyum puas. Terkadang aku akan teringatkannya hinggalah catatan ini kusudahi. Dan doaku semoga Allah memberikan anak yang budiman itu kehidupan yg berjaya dan bahagia.

5 comments:

cemomoi said...

hebat jiwa raganya...

noorlara said...

cemomoi,

mudah-mudahan anak-anak kita punya jati diri sebegitu.

Nek Cun said...

Lara, begitulah apabila mereka hanya mencari 'survival' bukannya kemewahan, sepertimana ramainya insan2 yang tidak berhati perut yg sanggup menipu untuk mendapat kemewahan...
Berapa ramaikah anak Malaysia yg sanggup begitu untuk 'survival'?

Mak Su said...

kak! apa kabar?? :)

zedmagel said...

Salam Lara,

Demi sebuah kelangsugan hidup yang telah diterapkan oleh sang motivator, saya lihat anda telah tewas dengan cara anak itu berjaja.Terima kasih atas simpati puan, atas kerterpaksaan...