Tuesday, May 03, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik




Umum mengetahui sekarang ini penggunaan beg plastik tidak digalakkan oleh kerajaan. Justeru Hari Tanpa Beg Plastik telah dilaksanakan oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya. Langkah ini amat wajar dalam usaha mengurangkan jumlah sisa buangan plastik dunia bagi meminimakan risikonya yg membahayakan kita.

Akan tetapi apa yang hendak diperkatakan adalah setiap kali Hari Tanpa Plastik yang jatuh pada hari Sabtu boleh dikatakan hampir semua kita terlupa lalu tidak mebawa sebarang beg atau bekas untuk membawa balik barangan yang dibeli. Penyudahnya dalam terpaksa kita membeli juga beg plastik yang biasanya diberi poercuma dengan harga 20 sen satu, persoalannya kalau dah diwarwarkan Hari Tanpa Plastik kenapa masih ada penggunaan beg plastik, kenapa pasaraya-pasaraya berkenaan tidak menggantikannya dengan beg kertas saje, kenapa pula mesti dibeli? Menangguk di air keruh, mengaut keuntungan tanpa dipersoalkan. (Saya pernah suarakannya di TESCO) kalau betul nak menyahut seruan tersebut hentikan terus penggunaannya dan diganti dengan beg kertas seperti yang dilakukan dikebanyakan negara maju. Kejayaan sesuatu kempen bergantung sejauh mana semua pihak berganding bahu berjuang dengan ikhlas tanpa ada agenda tersembunyi. Bersamalah kita mengurangkan penggunaan beg plastik demi kesejahteraan bumi ini.

4 comments:

zino said...

kadang kala menyusahkan.. mana lah kita terbiasa pegi soping bawa bag sendiri kan hehe

cemomoi said...

malas nak g pasar raya, penat jalan luas sangat beli kat kedai runcit dapat beg plastik buat plastik sampah, setel

noorlara said...

Zino,

memang menyusahkan, nampaknye kene mintak sesape ingatkan kite bila tiba hari Sabtu maknanye Hari Tanpa Plastik

Cemomoi,

Ada kalanye kene gaks ke pasaraye tu sebab bukan semua mende ade di kedei runcit dan sebaliknye

zedmagel said...

Kurangkan pencemaran dan perelokkan ekosistem negara kita...