Tuesday, June 07, 2011

Nasi lemak buah bidara....



Nasi lemak buah bidara
sayang selasih awak lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih awak turutkan

Itu sebab peribahasa Melayu ada menyatakan "ikut hati mati, ikut rasa binasa', sejarah membuktikan bahawa hampir semua kes perkahwinan yang membelakangkan keluarga akhirnya akan menemui jalan buntu, porak peranda tidak tidak bahagia. Ikatan yang sepatutnya diraikan dengan riang gembira sebaliknya diiringi rasa malu, kecewa dan marah. Tanpa restu dan doa ibubapa maknanya kita mengundang murka Allah. Anihnya bila kehancuran terjadi lalu kepangkuan keluarga juga tempat kembali dan mengadu. Berfikirlah bukan dua kali tapi berkali-kali dengan mengkaji buruk baik dan risiko jangka panjangnya sebelum membuat keputusan sebab terlajak perahu boleh diundur tapi kalau dah terlajak kata dan perbuatan buruk akibatnya, kalaupun kemaafan diberi tapi sukar untuk dilupakan. Janganlah kerana cinta kita mudah hilang pertimbangan lagipun kalau sudah keruh di hulu mana mungkin jernih di muara. Kalau benar seseorang yang kita sayang itu baik pekerti dan sempurna imannya nya maka takkan dia sanggup merampas kita dari keluarga dan berani menentang hukum adat dan hukum agama.

3 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk~Nya. Allah mencintai hamba~Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

zia said...

Semakin menjadi2..

mamai said...

nasi lemak tak ada kat sini la....nak balik malaysia