Wednesday, August 24, 2005

Cinta Tak Kenal Siapa


Beberapa hari lalu ada tersiar berita pernikahan seorang lelaki berumur 27tahun dengan janda yang telah bercucu pada usia 47 tahun. Apapaun wanita itu nampak lebih muda dari usianya. Rata-rata kritikan terdengar di sana sini. Kekadang tu akupun hairan sebab kita bukannya bersama mendoakan agar rumahtangga mereka bahagia dan kekal tetapi sebaliknya seakan-akan mahu melihatmye segera roboh.

Tidak lama sebelum itu heboh diperkatakan seorang suami disimbah asid oleh isteri yang juga jauh lebih tua darinye akibat dari berterus terang untuk bernikah lagi.

Kekadang tu hairanle pula bila lelaki tua menikahi remaja perempuan yang berpuluh puluh tahun muda darinya kita taklah kisah sangat, walaupun ada juga kritikan negatif namun tidaklah sehebat mana.

Justeru kita lupa bahawa cinta tak pernah kenal siapa, dia datang tanpa diundang, tanpa dirancang dan tanpa dapat ditepis. Bila dilamun cinta yang tua lupa akan hakikat sebenar dirinya, baik lelaki mahupun perempuan. Cinta anugerah dari Allah S.W.T. Cumanya alangkah tragisnya bila cinta kita turut membuat insan lain terluka.

noorlara - Sekali jatuh cinta tak mungkin ada kedua kali

4 comments:

jed1 said...

cinta itu buta ye noor..tp kes simbah asid tu kejam sgt..maybe marah sangat kut, kita pun tak tahu kisah sebenar selain apa yg dilaporkan akhbar

Deanz said...

Chenta juga ibarat sambal belacan...makan pedas makin sedap, tapi awas jgn sampai terbakar dek kepedasannya...

Noushy Syah said...

You're rite akak...cinta pertama adalah sesuatu yang penuh bermakna n sukar utk ditukar ganti...namun i guess life moves on n so do our love....

noorlara said...

Jed1, Deanz n Noush, cinta adalah milik semua bangsa, dia bisa merubah segala, yang pemurah menjadi kedekut dan tamak dan penyayang akan bertukar menjadi pendendam dan kejam semuanya gara-gara cinta