Monday, August 08, 2005

Perjalanan


Awal pagi Ahad lalu aku dah memulakan perjalanan memandu ke Terengganu untuk menghadiri Kursus Perancangan dan Pengurusan Landscap. Dari Ipoh aku membelah lebuhraya Utara Selatan tembus ke Bukit Beruntung untuk ke Batangkali seterusnya ke Genting Hinglands turun dan memasuki Lebuhraya Karak. Lepas tu terus meredah Lebuhraya Pantai Timur yang baru tu, masyaallah punyalah hebat permandangan di kiri kanan jalan, bukit bukau, hutan dan belukar menghijau sejuk mata memandang. Kenderaanpun kurang namun dek takutkan ditahan pak polisi maka akupun memandu dengan penuh kesopanan dan kesusilaan adanya.

Sendirian memandu dan perjalanan yang terasa amat jauh tu, hati sesekali merasa sayu dan terasa sepi. Pemandangan yang luas melaut adakalanya membuat hati takut. Bertanya-tanya kepada diri betulkah keputusan yang ku ambil ini pergi seorang ke destinasi yang asing jauh dan terpinggir di tengah belantara Terengganu, Pusat Latihan Veterinar, Cermin kiri, Bukit Besi Terengganu. Dengan doa yang bertali arus dan kekuatan diri akhirnya aku selamat sampai, menghadiri kursus dan kembali kepangkuan keluarga.

Anihnya aku tidak merasa serik untuk berpergian seorang sendiri lagi, justeru yang sukar dan mencabar itu seringkali menguji keutuhan peribadi dan menyerlahkan jatidiri sebenar. Kekadang kita perlukan masa hanya untuk diri sendirian merentasi benua hidup yang penuh mistri ini. Namun aku tidak menafikan peranan mereka yang tersayang yang telah memberi semangat, dorongan dan bantuan selama dalam kembara nan sarat dengan onak duri, tangis tawa, suka duka, cinta dan dusta.

6 comments:

ita... said...

emm... ita suka drive mlm2, sunyi,tenang, kalau leh nak brhenti kat mana2 highway, tengok langit, or just tengok keta yg menderu lepas satu, satu [kalau mak taula ita suka wat camni.......]

noorlara said...

ooit ita, nam kene rompakke berhenti tetengah malam tetengah lebuhraya laks, yau beno ko ni, bodak ni dah teruk beno

Mohd Nor Zaiman Che Mansor said...

hati-hati di jalan raya

Deanz said...

Noor,
Amboi...dah lalu dekat umah aku tak singgah punnn..melampau la tu..lupa pak we lama erk... ;D

noorlara said...

tq zaiman, tu yg akak bawa penuh kesopanan dan kesusilaan kalau tak tentu dah kene tahan polis - tapi kekadang rembat gak lepas gerem

noorlara said...

Deanz, sorryle, aku lupalaks aku, bila kala ada boipren lama - setia pada yg satu le beb