Lepaskan aku
dari masa silammu
kerana semalam sudah berlalu
Lepaskan aku
dari mimpi-mimpimu
kerana realiti adalah jitu
Lepaskan aku
dari rasa cintamu
kerana takdir telah begitu
Lepaskan aku
dari tugu harapanmu
kerana kita
tak mungkin bersatu
Kembalilah
kembalilah
pada dia yg menunggu
2 comments:
akak.... per ni mintak dilepas2kan.... tapi kena gak kan kalau si dia memang dah ada yg punya ker/ada yg lain ker, dan kita ni pulak dibuatnya sebagai pilihan kedua... cewahh pandaiii ita [puji lak diri sndiri...]
erm betui tu ita, kekadang lelaki ni peliklepulaks dah ada isteripun masih terkenangkan kekasih lama
Post a Comment