Thursday, February 05, 2009

Kalut kusut


Semalam petang terpaksa buat U turn kat depan bangunan PerakDarul Ridzuan, pejabat SUK sebab pihak polis dah mula berkawal dan menutup beberapa jalan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Sementelah bermastautin dan bekerja di Perak ni maka tak banyak sedikit terkenale juga dengan hawa bahang pergolakan politik di sini tapi sebagai anggota kerjaan negeri maka jawapannya berkecualile. Berdoa pohon yang terbaik untuk negeri Perak Darul Ridzuan. Allah Azzawajallah maha tahu apa yang dirancangnya. Apapun keadaan masih amat terkawal dan tenang aje



Tiga buah lori penuh dengan anggota Polis Simpanan Persekutuan dikerah berjaga-jaga ditepi pejabat SUK Perak semalam petang dan hari ini


************************************************************************************


Kreativiti yang hebat akan memberi roh kepada ciptaan, indah dipandang mendamaikan perasaan. kalau kita menggunakan keupayaan minda untuk kebahagiaan sejagat maka bahagia itu juga milik kita





Jangkauan minda yang jauh akan menghasilkan rekaan diluar jangkaan. Siapa sangka pangkal daun bawang yang biasanya dibuang muncul sebagai objek yang comel lagi menghiburkan.

Justeru kalau akal bisa di"exploit" untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kenapa mesti digunakan untuk merosakkan kehidupan dan peradaban

11 comments:

naz ilyn said...

salam...

gelombang politik negara kian bergulung entah bila akan reda... bosan!!

Uncle Lee said...

Hi Noorlara, guess must be some kind of hiccups going on with the police coming over.
You have a pleasant weekend Noorlara, Lee.

noorlara said...

entahlah naz, kekadang tu musykille jugak politik negara bertambah matang ke atau sebaliknya

noorlara said...

U.Lee ini politik Perak punye halle, tak kose nak citer panjang buat sakit ati jek

chekdenoor said...

Salam,

Kekadang terfikir gak..... orang politik ni tak penat ker bergaduh....hmmm... chekdee tengok dan dengar jer dah rimas.... asyik gaduh jer.......

Masy said...

bebaik u turn tu kak noor jgn sampai tlanggau FRU tu pulak ehehehehe

arsaili said...

salam...semoga negara kita tetap aman

Semut Api said...

Salam...

kejor yeop kejoooo..... ;D

Semut Api said...

Salam...

kejor yeop kejoooo..... ;D

Mak Su said...

saya tertarik tgk kecomelan bawang2 tu :)

naz ilyn said...

salam...
kak lara bila nak up date ni... lama tak dengar kabar sibuk ker...