Wednesday, February 18, 2009

Selesai dahh


03 Februari 2009 (Selasa) lalu adalah Ualangtahun Jubli Perak Ke bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Mudah-mudahan sambutan itu telah memberi kekuatan kepada baginda untuk menjadi raja pemerintah yang lebih adil dan saksama kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.


Aku dan A diberi tanggungjawab untuk menjadi Pegawai pengiring kepada TYT Pulau Pinang dan isteri. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami telah melaksanakan tugas sebaik mungkin apatahlagi dengan perilaku TYT Tun dan Toh Puan yang amat merendah diri, mesra dan tidak cerewet itu amat membantu kami menjalankan tanggungjawab dengn lebih selesa tanpa sebarang tekanan.


















Alangkah asyiknya aku memerhatikan ikan-ikan koi yang berenang sesama sendiri dengan gerak badan yang gemalai tapi bebas dan gembira, yang anihnya walaupun ikan-ikan itu berpuluh-puluh ekor banyaknya dan bergerak dalam berkumpulan tidak sekalipun aku nampak mereka terlanggar sesama sendiri kerana sentiasa memberi laluan . Bayangkan kalau manusia sedunia saling menghormati dan bertolak ansur, sudah tentu kehidupan sejagat akan sentiasa sejahtera dan bahagia.

6 comments:

Mak Su said...

hebat jugak role akak ya :)

saya admire gaks kat Sultan Azlan tu. berwibawa.

azlin hashim said...

Ikan koi? fisrt time dgr, kalau kat area pahang koi tu maksudnya sy kak... cantik!

ONE ZABA said...

tak selesai lagi tu....bukan ke negeri kita tu masih bergolak.

noorlara said...

maksu,
hebat kemendenye, hakak wat koje tu, tapi dapat gak pengalaman melayan orang berpengaruh dan ternama.

noorlara said...

azlin,
laaa takkan tak kenal ikan koi. serve kat internet mesti dapat selambak maklumat mengenainye. ikan koi tu cantik tapi jenuh nak jaga baik bela ikan sepat je bleh makan

noorlara said...

one zaba,
mintak mintak ribut kat cawan kopi jek, dah naik meluat tahap berasap nengok telatah org politik kat malaysia ni, uekkkk