Tuesday, March 24, 2009

Alahai sotong goreng tepung


Tadi pagi seorang pendengar sinar.fm telah meluahkan rasa geramnya terhadap apa yang dianggap sebagai telah tertipu. Dimaklumkan keseronokkan percutian beliau ke Pualau Pangkor bersama keluarga terjejas gara-gara sepinggan sotong goreng tepung. Dengan suara terkilan dan musykil beliau mempertikaikan bagaimana tiga ekor sotong berukuran kurang lebih 4 inci panjang itu dijual dengan harga RM75.00. Mak ooi mahal tu, malah bila dipersoalkan kepada tuan punya kedai makan, pekedai itu dengan sombong menegaskan "kalau nak bayar bayar, kalau taknak bayar dah" itupun melalui pekerjanya.

Bagi lara sebagai seorang pengguna terutama di tempat-tempat peranginan apapun yang hendak dibeli jadikanlah suatu tabiat untuk bertanya dan mengambiltahu harga sebenar sesuatu barang atau makanan sebelum kejadian seperti di atas terjadi. Biarlah orang nak kata apapun asalkan kita tak rugi apa-apa lagipun itulah hak kita sebagai pelanggan.

Peniaga lak janganlah mengambil kesempatan atas pengunjung luar, kemarahan dan sumpah seranah pembeli sedikit sebanyak akan menjejaskan kemurnian hasil jualan, konsep berniaga untuk mencari rezeki yang halal dan keuntungan yang sewajarnya janganlah diabaikan.

8 comments:

Mak Su said...

alamak! $75? takutnya.

naz ilyn said...

salam...
RM75... sotong apa tu... sotong kurita ker... sotong goreng tepung mmg sedap.. nyamm nyamm

guru_cikgu said...

RM75.......Kalau saya boleh makan 7 beranak nilai tu.....siap dengan ikan bakaq , sotong goreng sepinggan penuh, kailan masin,sup sayur/tom yam & air minuman....sedap gila......

Insaflah said...

Betul. Gunakan HAK kita sebagai pengguna.

Abang Long said...

RM75. Boleh belanja seminggu. Orang sekarang kata "mahal giler."

Masy said...

org berniaga ni patutnya kene blajau jgn kurang ajau. dr pelanggan yg dia eksen2kan tu laa dia dpt duit nk bg famili mkn. klu pelanggan sume sumpah seranah, sape yg dpt sumpah seranah tu akhirnye?

lu pikir laa sndiri *sambil sumbatkan sotong goreng tepong RM75 kat idong pakcik kedai tu*

CikguZue said...

salam kenal.
harga macam tu lebih mahal drpd makan kat hotel 5 bintang.

en_me said...

adalarr orang beli sotong tewww.. think yg elok elok ghitewww