Thursday, March 19, 2009

Sakitle tak sihat...


Keadaan cuaca yang tidak menentu panas, dingin, panas, dingin pantas menjejaskan kesihatan tubuhku. Pertambahan usia nampaknya telah meragut sedikit demi sedikit kekuatan sistem pertahanan badan.

Sakit kepala, selsema dan perit tekak sejak malam tadi kian bertambah teruk. Mahu atau tidak esok terpaksalah mendapatkan pemeriksaan dokter dan ubat yang bersesuaian.
Bila dah macam ni baru tahu betapa mahalnya harga "sihat" yang seringkali diabaikan penjagaannya. Mudah-mudahan sakit ini akan segera semboh agar dapat menjalani hidup seperti biasa disamping terus menjalankan tugas di pejabat. Anihnya aku tetap menggagahkan diri membuka blog ini demi mengintai rakan-rakan yang udah seminggu kutinggalkan......rindu!

7 comments:

Tirana said...

Duit boleh beli ubat tapi tak boleh beli sihat. Moga cepat pulih.

naz ilyn said...

salam...
siannye kak noorlara tak sihat rupanya... sabarlah tak lama lagi baik lah... jangan lupa makan ubat dan minum air banyak... perubahan cuaca yang tak menentu sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan kita..

hujjatul said...

saya pun kurang sehat ni..batuk2 ckit..
huhuhu..
pernah ke andalusia ke?
huh!! jeles nya..
sy teringin nak jejakkan kaki di sana dan juga turki.

Masy said...

ooo x sihat rupenye.. rajin2lah makang obat ok? jgn lupe bykkan rehat..

AL-BIMA SAKTI said...

dugaaannn...

semoga cepat sihat...

Uncle Lee said...

Hello Noorlara, try drinking Chinese Green tea...4 cups a day, it will not only refresh you, but bring a glow to your daily life.
Check out the values of drinking Chinese green tea...
You stay easy and have a pleasant week, Lee.

Semut Api said...

Salam...

sakit kena tempias politik kat Perak kottt.... :)