Sunday, August 02, 2009

Janji


Pantun Melayu ada berkata:

Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Kalau kering Selat melaka
Barulah saya mungkiri janji


Malah pepatah lama yang masih terpakai sehingga kini:

Kerbau dipegang pada tali,
Manusia dipegang pada janji

Malah dalam Islam jelas mengingatkan kepada kita bahawa antara sifat orang yang munafik itu ialah apabila dia berjanji dia mungkiri. Begitlah hebatnya dan beratnya penangan janji, justeru jangan mudah membuat janji kalau kita masih ragu-ragu akan dapat menepatinya.

Inilah yang membuat aku terkilan bila ada yang mungkir janji tanpa sebarang alasan atau pemberitahuan...ikutkan hati nak marah tapi taknaklah meminjam perangai syaitan laknatullah tu. jadi apa boleh buat sabar je le...sabar!

7 comments:

chekdenoor said...

Janji....kalau tak pandai nak menepati janji.....so... janganlah asyik berjanji......

Geramnyer chekdee.....orang yang berhutang duit kat chekdee tu janji nak pinjam kejap ker....tau tau dah 2 tahun ....tak berbayar lagi ....hmmm.... apa nak buat ni......

mamai said...

itu janji orang politik namanya hahahaha

Anonymous said...

Salam Noor, kata org, klu tak reti nak tunai janji, mulut jgn sibuk berjanji. Nak plak janji nak byr utang, 5 thn tggu hutang dah lapuk...uhuhu

Masy said...

x sukelah dgr org ckp 'Janji Melayu'. bila agaknye persepsi negatif tu akan bertukar. hmmmm~

cheguBard said...

salam ziarah

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Buah keranji di atas papan,
Papan jati dari seberang,
Kalau berjanji harap tunaikan,
Tidak menjeruk perasaan orang.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"janji yang tidak tertunai mungkin bersebab (mungkin ?)"'

"tapi tanpa memberikan sebabnya, itulah yang silap";

"sabar aje lah".