Tuesday, August 25, 2009
Ramadhan bukan pesta makanan
Sejak bertahun-tahun lamanya membeli-belah di Bazar Ramadhan seakan telah menjadi satu kemestian atau tradisi di bulan puasa. Bukan sahaja kita yang bekerja, surirumahtanggapun ramai yang akan keluar berbelanja di sana. Melihat longgokan makanan pelbagai jenis dan rasa memanglah menggoda selera, kalau boleh semua nak dibeli sebab semua nampak sedap.
Persolannya adakah ia sesuatu yang betul-betul perlu, membeli lauk-pauk yg kaya dengan kolesterol serta tinggi kalori dan kuih-muih juga pelbagai jenis minuman
yang tepu kandungan gulanya, adakah ia menepati antara matlamat puasa iaitu untuk merasai betapa peritnya berlapar kerana kemiskinan. Sebaliknya kita seakan berpesta makanan setiap kali datang Ramadhan. Penyudahnya sistem penghadhaman bekerja lebih teruk dari biasa dengan sumbatan makanan yang melebihi keperluan badan dan akhirnya membawa kepada kemudaratan.
Justeru alangkan baiknya bulan ini kita belajar untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan amat sederhana kerana bukan saja ia baik untuk tubuh badan tapi juga kita dapat lebih berjimat. Wang itu bolehlah kita gunakan untuk bersedekah lebih kerap dibulan penuh barakah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
bukan pesta makan tapi disitu orang berpusu mencari makan
beli yang perlu aja..
setahun sekali...sekadar memeriahkan suasana.
Salam noor..
akak takdan pegi bazar ramadhan lagi 4 hari puasa ni...
Kalu pegi kena terai belanja berhemah, kalu ikut hati sume rasa nak beli..hehe
takat beli nk merasa bole laa.. heehe
Salam Noorlara,
"rasanya (mengikut pemerhatian peribadi), bulan ini rata-rata setiap isi rumah akan berbelanja melebihi bulan-bulan sebelumnya - termasuklah untuk juadah berbuka".
SALAM LARA,
BETUL RAMADHAN BUKAN PESTA MAKANAN. TETAPI NAFSU BERPUASA BANYAK MERANGSANG UNTUK MENIKMATI APA YANG TERSEDIA. MELAWAN NAFSU PERANG UTAMA KEPADA DIRI YANG SANGAT KERDIL INI.
Post a Comment